"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Penunggang motosikal melambung dilanggar kereta langgar lampu merah

NOR AINNA HAMZAH
Tangkap layar seorang penunggang motosikal tular melambung sebaik huhu awet tq bertembung dengan sebuah kereta yang dipercayai melanggar lampu isyarat merah di Jalan Seremban-Kuala Pilah (berhampiran lampu isyarat SIGC), di sini, hari ini.
SEREMBAN – Tular sebuah video di media sosial berkenaan kejadian seorang penunggang motosikal melambung selepas bertembung dengan kereta yang dipercayai melanggar lampu isyarat merah di Jalan Seremban-Kuala Pilah berhampiran lampu isyarat SIGC di sini, hari ini.
QQ
Video berdurasi satu minit sembilan saat itu memaparkan penunggang motosikal tersebut tidak memberikan sebarang reaksi selepas tertiarap atas jalan raya.

Menurut Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner, Mohamad Hatta Che Din, kejadian berlaku pukul 10.35 pagi melibatkan motosikal Yamaha Y15ZR ditunggang lelaki berusia 44 tahun dan sebuah kereta Nissan Sentra dipandu wanita warga emas.

“Berdasarkan siasatan awal, motosikal itu bergerak dari arah Ampangan menuju ke Paroi. Setibanya di lokasi kejadian, kereta dipandu warga emas itu dipercayai tidak berhenti ketika lampu isyarat merah.

“Kereta itu membelok ke kanan dan melanggar bahagian hadapan motosikal. Akibat kemalangan, penunggang motosikal cedera di muka dan badan,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Ujar Mohamad Hatta penunggang motosikal dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) untuk menerima rawatan dan siasatan lanjut diteruskan mengikut Peraturan 17 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 17 LN 167/59).

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta berhubung dengan pegawai penyiasat Inspektor Mohd Zaman di talian 012-7173867 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. -KOSMO! ONLINE.

Tiada ulasan: