Bernama
KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun ditemukan lemas selepas terjatuh ke dalam longkang di Taman Bukit Rawang Jaya, Rawang, petang tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Makhtar, berkata mayat mangsa ditemukan empat kilometer dari lokasi kejadian pada 6.30 petang.
Menurutnya, mereka menerima panggilan kecemasan pada 5.28 petang dan sebuah jentera daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rawang dengan kekuatan lapan pegawai dan angggota dikejarkan ke lokasi.
“Berdasarkan laporan, mangsa dilaporkan jatuh ke dalam longkang kedalamannya hampir satu meter dan operasi mencari dan menyelamat segera dijalankan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan