"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lelaki miang tanggal seluar budak direman

Ahmad Hasbi
am@hmetro.com.my

Tampin: Penganggur ditahan reman tiga hari bermula hari ini, disyaki mengambil kesempatan ke atas kanak-kanak perempuan dengan membuka seluar mangsa, 27 April lalu.

Kejadian dilapor kepada polis semalam, selepas guru kanak-kanak berusia lapan tahun itu menyedari perubahan mangsa yang menjadi pendiam sejak insiden.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Amiruddien Sariman berkata, susulan laporan, lelaki berusia awal 20-an ditangkap di sekitar daerah ini pada 9.20 malam.

"Berdasarkan laporan dibuat ibu mangsa pada 6 petang semalam, anak perempuannya didakwa dibawa suspek ke sebuah inap desa untuk mengambil barang.

"Ketika di rumah itu, suspek dipercayai menurunkan seluar mangsa hingga paras paha, namun mangsa terus keluar dari inap desa berkenaan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 15(a) (ii) Akta K

Tiada ulasan: