"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Budak 5 tahun panjat menara elektrik

KOSMO
Rata-rata pengguna menyalahkan ibu bapa kanak-kanak lelaki terbabit kerana terlalu cuai. - INSTAGRAM @Infomamuju
JAKARTA  – Sebuah rakaman tular di media sosial memaparkan perbuatan seorang budak  lelaki memanjat menara elektrik bervoltan tinggi di Desa Topoyo, wilayah Sulawesi Barat, lapor akhbar Tribunnews semalam. 

Lebih mengejutkan, perbuatan itu bukan  kali pertama dilakukan oleh kanak-kanak berusia lima tahun tersebut. 

Pegawai tempatan, Iptu Fredy berkata, budak itu telah  memanjat menara elektrik di tempatnya sebanyak tiga kali kerana terlepas daripada pengawasan ibu bapanya. 

“Pihak kami akan membawa kanak-kanak lelaki itu untuk menjalani pemeriksaan dan rawatan,” kata Fredy. 

Rakaman kejadian itu dimuat naik di laman Instagram dan mendapat lebih 1 juta ‘like’ atau tanda suka

Rata-rata, netizen menyalahkan ibu bapa kepada kanak-kanak lelaki terbabit kerana cuai.  

“Kedua-dua orang tuanya layak dimarahi kerana tidak menjaga anaknya,” kata seorang netizen. – AGENSI

Tiada ulasan: