"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Saya pun tanya pasal kasino, nak kena tangkap juga ker? - Latheefa Koya

Malaysiakini 

Bekas ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Latheefa Koya menyoal jika dia juga akan ditangkap kerana mahukan jawapan berhubung isu kasino.

"Sekarang kita tangkap individu kerana bertanyakan soalan. Kasino adalah pembaziran, negatif dari segi sosial dan hanya memperkayakan bos-bos kasino yang besar.

"Sehingga ini hanya penafian kosong daripada kerajaan. Saya juga mahukan jawapan mengenai isu kasino yang dilaporkan oleh Bloomberg.

"Adakah anda akan menangkap saya juga," soalnya melalui satu hantaran di media sosial hari ini.

Latheefa yang juga seorang peguam dipercayai membangkitkan perkara itu selepas pihak polis menahan Badrul Hisham Shaharin berkaitan hantaran mengenai pengoperasian kasino di Forest City, Sabtu lalu.

Awal hari ini, ahli jawatankuasa Penerangan Bersatu yang dikenali sebagai Chegu Bard itu didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Badrul berdepan dua pertuduhan memfitnah dan menghasut untuk merosakkan nama baik Yang di-Pertuan Agong.

Bagaimanapun, Badrul, 45 tahun mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan itu yang dibacakan kepadanya di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa menerbitkan penerbitan menghasut di Facebook di bawah perenggan 4(1)c Akta Hasutan 1948 [Akta]15 yang boleh dihukum dibawah subseksyen 4(1) akta yang sama yang dilakukan pada 6 April lalu.

Dia juga berdepan pertuduhan mengeluarkan kenyataan fitnah di mana dia didakwa mempunyai sebab untuk percaya bahawa ia akan merosakkan nama baik Yang di-Pertuan Agong.

Badrul turut memaklumkan dia akan didakwa sekali lagi esok di bawah akta hasutan di Mahkamah Seksyen Johor Bahru.

Menurutnya, pertuduhan itu berkaitan satu hantaran yang dibuatnya di media sosial mengenai projek kasino di Forest City.

“Esok, satu lagi. Esok, saya akan bertolak ke Johor Bahru di Mahkamah Seksyen Johor Bahru kerana saya sekali lagi dituduh dibawah Akta Hasutan...

"Kerana komentar saya di Faceebook berkenaan dengan laporan Bloomberg mengenai pembukaan Casino," katanya pada sidang media di Mahkamah Kuala Lumpur hari ini.

Tiada ulasan: