"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

30 buah kereta tersadai terkena paku ‘ditabur’ atas jalan di Karak

FATIN FILZATI BADRUL
Tangkap layar menunjukan hampir 30 buah kereta tersadai disebabkan tayar pancit terkena paku yang bertaburan di atas jalan raya.
PETALING JAYA – Kira-kira 30 buah kereta tersadai kerana mengalami kebocoran pada tayar akibat terkena paku yang didakwa ditabur oleh pihak tidak bertnggungjawab di atas jalan raya.

Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok oleh @mohdfaizlatiff, kejadian berlaku di Lebuh Raya Karak pada pukul 10 malam tadi.

Menurutnya, jenis paku tersebut mempunyai bentuk yang sama pada semua tayar kenderaan yang terkesan.

Meninjau ke ruang komen, rata-rata pengguna media sosial memberikan pelbagai reaksi berhubung kejadian berkenaan.

“Tiga hari lepas kereta kena paku, yang peliknya paku yang ini macam alloy aluminium, mesti ada lubang di tengah. Bila paku ini masuk dalam tayar, tayar terus kempis,” komen @Iwan.

“Budak yang letak paku itu mesti kena upah, cari dan tangkap siapa yang upah mereka,” komen @suriaahmad.

“Mula dari tengah hari semalam, saya nampak banyak lori towing (tunda) atas jalan, mungkin kebetulan. Harap pihak berkuasa siasat siapa pelaku,” komen @qabil. -KOSMO! ONLINE

Tiada ulasan: