"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kurangkan saiz produk tanpa maklum pembeli boleh kena denda RM35,000

Reuters

Seoul: Badan pengawalselia persaingan Korea Selatan menyatakan pada hari Jumaat bahawa pengeluar makanan dan pembekal dikehendaki memberitahu pembeli jika mereka mengurangkan saiz produk mereka atau menghadapi denda sehingga 10 juta won (kira-kira RM34,817).

Suruhanjaya Perdagangan Adil (FTC) berkata ia menetapkan amalan sesetengah perniagaan untuk memotong bahagian produk sambil mengekalkan harga yang sama sebagai transaksi tidak adil tertakluk kepada penalti.

Kebanyakan pembuat makanan terproses dan pengeluar bekalan isi rumah seperti kertas tandas, syampu dan sabun perlu memaparkan label selama tiga bulan jika mereka mengecilkan produk mereka.

Peraturan itu akan berkuat kuasa pada Ogos selepas tempoh tangguh selama tiga bulan dan siapa yang melanggar akan didenda 5 juta won (RM17,000) untuk kesalahan pertama mereka dan 10 juta won untuk kesalahan kedua.

"Perubahan itu bertujuan untuk menghalang situasi di mana syarikat mengurangkan saiz, standard, berat atau kuantiti produk mereka tanpa notis yang mencukupi sehingga pengguna tanpa disedari menanggung kenaikan harga yang ketara," kata FTC dalam satu kenyataan.

Pengecutan inflasi menyebabkan pengguna dan kerajaan di seluruh dunia 'pening' apabila isi rumah bergelut dengan kuasa beli yang semakin berkurangan dalam menghadapi inflasi yang melambung tinggi sejak beberapa tahun lalu.

Kenaikan harga makanan dan kos sara hidup adalah isu utama menjelang pilihan raya parlimen bulan lalu di mana parti pemerintah Presiden Yoon Suk Yeol mengalami kekalahan teruk.

Kerajaan Yoon telah mengambil pelbagai langkah dalam usaha untuk menjinakkan kenaikan harga, termasuk mengurangkan tarif ke atas import makanan dan memberi tekanan kepada syarikat untuk mengehadkan kenaikan harga.

Tiada ulasan: