"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lapan jam diambil keterangan, apa nasib MB Perlis selepas ini?

Harapandaily

Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli dibebaskan kira-kira lapan jam diambil keterangan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sebelum itu, pemimpin Perikatan Nasional (PN) berkenaan ditahan pagi tadi bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 membabitkan isu salah guna kuasa.

Shukri yang juga Pesuruhjaya Pas Perlis itu ditahan ketika hadir memberi keterangan.

“Dipercayai beliau disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 berhubung isu salah guna kuasa.

“Ia membabitkan pelaksanaan projek pembangunan prasarana termasuk membaik pulih, menyelenggara, pembekalan dan perkhidmatan di seluruh Perlis sejak 2022,” kata sumber, dipetik BH.

Tiada ulasan: