"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pemandu bas menyamar polis samun keluarga ketika sahur dipenjara, denda

Alias Abd Rani
am@hmetro.com.my
NIK Khairoul dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Muar selepas mengaku menyamun mangsa bersahur. FOTO Alias Abd Rani
NIK Khairoul dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Muar selepas mengaku menyamun mangsa bersahur. FOTO Alias Abd Rani
Muar: Pemandu bas yang didakwa menyamar polis ketika menyamun sebuah keluarga sedang bersahur dipenjara lima tahun selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Nik Khairoul Kasim, 39, membuat pengakuan itu selepas dua pertuduhan ke atasnya dibaca jurubahasa di hadapan Hakim Irwan Suainbon.

Mengikut kedua-dua pertuduhan, dia didakwa memiliki tiga bentuk cincin milik dua individu selepas memecah masuk sebuah rumah di Jalan Dusun Damai, Pagoh, jam 4 pagi, 7 April lalu.

Sehubungan itu Nik Khairoul didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 413 Kanun Keseksaan dengan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan juga boleh dikenakan denda.

Berdasarkan fakta kes, mangsa bersama-sama ahli keluarga dan rakan baru selesai bersahur di rumahnya sebelum dimasuki dua individu tidak dikenali.

Tertuduh bersama seorang lagi menyamar sebagai polis kemudian bertindak menyamun mangsa dengan mengambil barang peribadi seperti telefon bimbit, wang tunai dan juga barang kemas.

Mangsa membuat laporan di Pagoh, pada hari kejadian dan susulan itu, pada pada 19 April lalu, jam 12.04 malam, polis berjaya menahan tertuduh.

Siasatan polis mendapati, tertuduh mengaku memilik tiga bentuk cincin yang digadaikan dengan nilai lebih RM3,000.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Nur Sulehan Abd Rahman manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara dua tahun dan juga denda RM2,000 bagi setiap pertuduhan berkuat kuasa dari tarikh ditahan, 19 April lalu.

Pada masa sama, mahkamah juga mengarahkan tertuduh menjalani hukuman penjara enam bulan jika gagal membayar.

Tiada ulasan: