"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

BUKIT GANTANG : Zambry Dicabar Husam Buktikan Tuduhan

YB. Dato’ Zambry Bin Abdul Kadir, Menteri Besar ‘Haram’ Perak di cabar buktikan bahawa polisi pentadbiran Dato’ Seri Mohamad Nizar Jamaludin salah dan memudaratkan rakyat Perak.

Cabaran itu dibuat oleh YB. Dato’ Haji Husam Musa, Naib Presiden PAS sewaktu siri kempennya di kawasan Parlimen Bukit Gantang.

Sepanjang empat siri ceramahnya,
Dato’ Haji Husam menegaskan bahawa Dato’ Seri Nizar bukanlah boneka DAP seperti yang dijaja oleh Barisan Nasional. Sebaliknya Husam menyifatkan YB. Nizar sebagai seorang Menteri Besar pelbagai bangsa.

YB. Nizar telah mentadbir Kerajaan Negeri Perak dengan penuh semangat hormat menghormati kepada semua pihak termasuklah anggota dari parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat iaitu DAP dan PKR.

“Ahli-ahli exco DAP tak pernah desak Nizar tapi mereka beri sokongan penuh kepada polisi Nizar,” tegas Husam menafikan Nizar dicucuk hidung oleh Ahli-ahli Exco DAP.

“Apabila menjadi MB, Nizar melawat pondok Che Latif (pusat pengajian agama) dan luluskan sebidang tanah untuk meluaskan pondok itu.” Kata Husam.

Menurut Husam lagi, exco Perak yang majoritinya ahli Yang Berhormat dari DAP telah meluluskan permohonan itu bahkan mereka juga mencadangkan keluasan yang diberi lebih besar dari yang di usulkan oleh Nizar.

Husam juga mendedahkan fakta dan statistik disebalik kontroversi pemberian geran tanah kepada penduduk kampung baru yang kini menjadi isu hangat dijaja oleh BN.

BN mendakwa pemberian tanah itu mencabar orang Melayu kerana ianya diberikan dengan jumlah begitu banyak kepada masyarakat Cina.

Menurut Husam,
“YB. Nizar telah meluluskan pemberian 102,000 lot tanah kampung tersusun kepada penduduk yang rata-ratanya Melayu. Tetapi yang diungkit oleh BN ialah pemberian 47,000 lot tanah kampung baru kepada kebanyakannya penduduk keturunan Cina”.

“Saya cabar Dr. Zambry, kalau tindakan Nizar itu salah, mengapa Dr. Zambry teruskan juga pemberian tanah itu lepas jadi MB haram!”.

Bagaimanapun, sehingga kini Dato’ Dr. Zambry masih belum memberikan sebarang respons kepada cabaran itu.

Tiada ulasan: