"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bukti Baru, Khairy Akan Disiasat Lembaga Disiplin Umno

Umur politik Ketua Pemuda Umno yang baru, Khairy Jamaluddin dikatakan tidak akan menjangkau tempoh yang panjang dalam parti tersebut apabila desas desus dalam Umno mengatakan Lembaga Disiplin telah menerima maklumat dan bukti baru berkaitan pembabitan beliau dalam politik wang.

Sumber Umno memberitahu TV Antara siasatan akan dijalankan terhadap Khairy dalam masa terdekat.

Menurut sumber Lembaga Disiplin Umno telah menerima aduan serta bukti saksi yang mendakwa Ketua Pemuda tersebut telah terlibat dalam rasuah semasa kempen pertandingan merebut jawatan itu.

Jika sabit kesalahan ada kemungkinan menantu mantan Perdana Menteri itu akan terpaksa mengosongkan jawatan partinya dan ini akan membuka laluan kepada dua calon yang kalah untuk memangku jawatan Ketua Pemuda untuk tempoh tiga tahun.

Umum tahu nasib politik Khairy berada saperti telur dihujung tanduk apabila bapa mertuanya, Tun Abdullah Ahmad Badawi melepaskan jawatan Perdana Menteri Khamis lalu dan digantikkan oleh Datuk Seri Najib Razak.

Mentor Najib adalah Tun Dr Mahathir Mohamad yang sejak 2006 telah tidak henti-henti mengkritik pentadbiran Abdullah sehingga membawa kepada perletakan jawatan beliau lebih awal daripada sepatutnya.

Dr Mahathir sendiri mendakwa Khairy mempunyai pengaruh besar ke atas bapa mertuanya itu semasa di dalam kerajaan dan menyalahkan menantu Abdullah terhadap penurunan populariti kerajaan Barisan Nasional di bawah pimpinan Abdullah.

Dengan Najib sebagai Perdana Menteri baru sudah tentu Dr Mahathir sebagai penasihat beliau akan memastikan kerjaya politik Khairy dalam umno akan ditamatkan riwayatnya secepat mungkin di atas perasaan dendam beliau terhadap anak muda yang berpotensi itu.

Khairy dalam Umno yang dikelilingi oleh orang-orang Najib sudah tentu akan terasa tergugat dan ini akan mencetuskan pergolakan yang lebih serius dalam parti yang sudah pun menghadapi masa depan yang semakin pudar dan gelap berikutan kekalahan teruknya dalam pilihan raya umum ke 12 pada 2008.

Najib dikatakan akan meneruskan pembersihan parti daripada penyokong Abdullah dan Khairy merupakan sasaran utama beliau dan Dr Mahathir akan memastikan ini berlaku.

Khairy antara yang didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin Umno Mach lalu berhubung kesalahan politik wang tetapi sekadar diberi amaran keras berbanding calon timbalan presiden, Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang dilarang bertanding bersabit kesalahan yang sama.

 -TVAntara.com.my-

Jangankan Khairy bayang-bayang Khairy pun Mahathir tak mahu. Dia ingin memastikan laluan Mukhriz selamat.

Kalau mengikut teori 'RAHMAN' penguasaan Umno sudah dipenghujung. Selepas ini tiba giliran pakatan pula mungkin bermula dengan huruf N.

Tiada ulasan: