"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

N12 Penanti: PKR Ambil Tindakan Wajar Terhadap Fitnah Jahat

Parti Keadilan Rakyat tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang  terhadap pihak yang mendakwa parti itu menawarkan imbuhan untuk calon bebas menarik diri bertanding dari pilihanraya kecil Penanti.

Ketua Biro Strategi Tian Chua mencabar pihak-pihak berkenaan mengemukakan bukti kukuh untuk tuduhan mereka, dan bersiap-sedia menghadapi tindakan termasuk tindakan undang-undang jika mereka gagal berbuat demikian.

“Ada pihak yang membuat tuduhan kononnya kita cuba memberi rangsangan supaya mereka menarik diri dari pilihanraya,” kata Tian . “Tidak ada manfaat sekiranya kita berbuat demikian, bahkan kita mengalu-alukan pertandingan supaya kita dapat mengambil kesempatan ini untuk memperkenalkan kepada pengundi dasar dan program parti kita” tambah beliau.

Menurut beliau, PKR mencabar pihak yang mempunyai bukti sebarang salah laku supaya menyerahkannya kepada Suruhanajaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

“Kita yakin SPRM akan pantas menyiasat. Kita tidak ada masalah dalam perkara ini,” tambah beliau.

Tian berkata PKR akan mengambil apa sahaja tindakan yang perlu untuk mempetahankan kredibiliti parti dan calonnya Dr Mansor Othman yang akan mempertahankan kerusi DUN Penanti pada 31 Mei ini.

Selain Dr Mansor, turut bertanding ialah tiga calon bebas iaitu Kamarul Ramizu Idris, bekas pemimpin Gerakan, Nai Khan Ari dan bekas pemimpin Wanita PKR Negeri Aminah Abdullah.

Empat calon berkenaan akan bertarung tanpa saingan  Barisan Nasional yang mengambil keputusan tidak bertanding di Penanti setelah kalah pada kesemua empat pilihanraya kecil di Semenanjung sejak Mac tahun lalu.

-TVAntara.com.my-

Tiada ulasan: