"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Isytihar Bandar Tentera Darat, Najib terus berbohong / UBN Najib Altantuya

Dzulfikar Mashoor
TELOK KEMANG, 5 Okt: PAS meminta Umno BN menghentikan pembohongan politik dengan mengisytiharkan Port Dickson sebagai Bandar Tentera Darat, demi memenangkan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.

Naib Presidennya, Salehuddin Ayub pagi tadi menegaskan bahawa rakyat N31 kian celik dengan taktik tidak bermaruah itu, setelah melihat sendiri nasib yang menimpai rakyat di Dun Manek Urai dan Permatang Pasir.

"Rakyat...termasuk di Bagan Pinang sedar dan tahu itu semua (Bandar Tentera Darat) pembohongan untuk memenangkan Isa," tegas Salehuddin dalam Markaz Induk PAS, di sini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian menasihatkan Umno BN agar tidak lagi memperbodoh rakyat; dengan menjadikan Bagan Pinang Anak Emas Kerajaan Persekutuan.

Tambahnya lagi, taktik tersebut tidak lagi berbisa kerana rakyat kian yakin bahawa janji Umno menjadikan Manek Urai sebagai Bandar Agropolitan Malaysia pertama adalah pembohongan belaka.

Kritikan Salehuddin itu bukanlah bermakna beliau tidak mahu tentera diberi penghormatan, tetapi Najib perlu realistik meletakkan keutamaan pembangunan secara adil; bukannya sekadar memenuhi citarasa politik sempit Umno semata-mata.

Sebaliknya, Salehuddin menjelaskan bahawa calon Pakatan Rakyat, Zulkefly Mohamad Omar mampu melaksanakan suatu agenda perubahan yang lebih realistik, bukan janji politik pembohongan seperti Umno.

"Najib baru bercadang memulihara alam semula jadi dan pantai yang kita (Pakatan) bangkitkan ini; sedangkan calon Pas Pakatan Rakyat Zulkefly telah lama bergiat memperjuangkan bumi hijau melalui beberapa NGO, termasuk No Incenirator Borga dan Teras Pengupayaan Melayu (TERAS)."

Jelas Salehuddin lagi, isu alam sekitar di Borga telah dipimpin sendiri oleh Zulkefly sehingga peringkat antarabanysa; yang akhirnya berjaya menyelamatkan alam sekitar dari aktiviti pencemaran.

Selehuddin yang juga Pengarah Jentera Induk N31 berkata, Zulkefly lebih berkemampuan berbanding calon taruhan Umno Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.

"Kami (Pakatan) yakin Zulkefly mampu memperjuangkan isu perparitan, bau busuk, pembiakan lalat-nyamuk, air sungai-laut tercemar berbekalkan pengalaman menjadi aktivis, tokoh dan sukarelawan masyarakat sebelum ini."

Selain isu alam sekitar, Salehuddin memaklumkan bahawa Zulkefly juga bersedia mendesak pihak kerajaan negeri dan persekutuan untuk menyelesaikan projek penaiktarafan jalan utama sepanjang Port Dickson yang terbengkalai sejak enam tahun lalu.

Tegasnya, kerajaan negeri Umno BN tidak perlu lagi bersandiwara atas isu itu; yang menjadi rahsia umum semua penduduk tempatan.

"Rakyat tempatan semuanya tahu, sudah tiga kontraktor dilantik dalam kalangan kroni Umno untuk membaiki jalan utama ini. Jalan tidak juga siap. Duit rakyat entah ke mana perginya."

"Isa dan (Datuk Seri Utama) Mohamad Hassan (Menteri Besar Negeri Sembilan) sendiri tidak perlu menjalankan projek mee segera di kawasan terbabit hanya kerana mahu memenangkan Isa (calon)."

Turut menyertai Salehuddin, Zulkefly (calon), Pengarah Bersama Jentera Indduk N31 Dr. Dzulkefly Mohamad, Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Pusat (JPPP) Datuk Abdul Halim Abdul Rahman, Ketua Penerangan PAS Idris Hj. Ahmad serta beberapa pemimpin yang lain.

Beberapa hari lalu, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan di sini - Bagan Pinang akan dijadikan Bandar Tentera Darat.

Ogos lalu, Najib berjanji mahu menjadikan Dun Permatang Pasir sebagai Bandar Industri Kecil dan Sederhana pertama di Malaysia.

Jun lalu, Najib berjanji mahu menjadikan Dun Manek Urai sebagai Bandar Agropolitan pertama di Malaysia.

Dalam perkembangan berkaitan, Najib juga berjanji menjadikan semua Dun; termasuk di Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Bukit Selambau, Batang Ai, Penanti yang menempuhi pilihanraya kecil - sebagai Anak Emas Kerajaan Persekutuan; jika Umno menang majoriti.

Janji politik Najib yang mula dikatakan sebagai pembohongan sedikit banyaknya turut menjejaskan kredibiliti calon taruhan Umno; Isa yang sebelum ini telah pun dipalitkan dengan pelbagai isu rasuah dan penyelewengan.

Tiada ulasan: