"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

AMK gesa ICAC Hong kong siasat sekutu Musa Aman / UBN Najib Altantuya

Hazayani Zakaria
KUALA LUMPUR, 5 Okt: Angkatan Muda KeAdilan (AMK) meminta kerjasama dari pihak Suruhanjaya Bebas Anti Rasuah (ICAC) Hong Kong untuk membuat penyiasatan segera berhubung penangkapan seorang ahli pernigaan yang ditahan menyeludup wang sejumlah RM16 juta tahun lalu.

Ketuanya, Shamsul Iskandar Mat Akin mengambil inisiatif berkenaan memandangkan laporan mengenainya telah dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Malaysia (SPRM) namun tiada tindakan yang diambil.

Beliau dalam laporannya selepas mengadakan pertemuan dengan ICAC Jumaat berkata, perkara tersebut perlu disiasat segera kerana ia melibatkan wang rakyat dan mesti dikembalikan kepada rakyat Sabah.

Pada 14 Ogos lalu, ahli perniagaan tersebut, yang dikenali sebagai Michael Chia, ditahan di lapangan terbang antarabangsa Hong Kong kerana disyaki melakukan pengubahan matawang Singapura bernilai RM16 juta sebelum menaiki penerbangan ke Kuala Lumpur.

Chia yang dikatakan kenalan rapat Ketua Menteri Sabah, Datuk Musa Aman ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa di Hong Kong apabila cuba berlepas dari wilayah China itu menuju Kuala Lumpur dengan membawa wang berkenaan.

Wang yang diseludup oleh Chia itu dikatakan mempunyai hubung kait dengan lesen membalak di Sabah yang membawa pulangan lumayan kepada ahli politik Barisan Nasional di negeri itu.

Blog-blog di Sabah telah memberikan liputan meluas berkenaan isu tersebut sejak tahun lalu. Malah hubungan Chia dan Musa Aman tidak menjadi satu rahsia lagi kini.

Musa bagaimanapun menafikan sebarang pembabitan dalam kes tersebut.

Iskandar dalam laporannya turut memberitahu, ICAC memberi layanan baik kepada beliau dan memintanya menjelaskan tentang hubungan Chia, Musa Aman dan pembalakan haram di Sabah.

"Saya telah diminta untuk memberikan pandangan dan penerangan serta penjelasan terhadap dokumen yang telah kita berikan kepada ICAC di Hong Kong berkaitan dengan penahanan Datuk Michael Chia di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong pada 14 Ogos lalu" ujarnya.

Iskandar juga berkata, beliau telah menerangkan mengenai hubungan Chia dan Musa Aman dan meminta ICAC meneliti kesemua dokomen yang diserahkan untuk melakukan siasatan.

"Sekiranya benar wang-wang yang haram yang diambil dari hasil pembalakan haram di Sabah itu berada di Hong Kong termasuk kemungkinan untuk membekukan akaun-akaun yang berkaitan dengan penyimpanan wang haram ini" tambahnya lagi.-mna Shamsul dalam laporannya turut menamakan empat pihak lain yang terlibat dalam kes penyeludupan wang tersebut iaitu kerajaan negeri Sabah, Innoprise Corporation Sdn Bhd, Rakyat Berjaya Sdn Bhd dan Kumpulan Yayasan Sabah.

Tiada ulasan: