"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Dendam budak-budak, `Tulang Lusuh' yang terkatup

nanbinjai
Sekali sekala saya ada ikuti tulisan Tulang Besi terutama dakwaannya tetapi apabila beliau buat aduan dan tersebar kepada media maka saya meniliti laporan tersebut sama ada berasas atau tidak. Rupanya aduan tersebut tidak seteruk mana sebagaimana yang beliau canangkan dalam blog seolah-olah semua sudah musnah.

Kalau tengok empat aduan Tulang Besi sangat jelas setara mana minda beliau. Tidak ada apa yang hebat pun cuma hanya terbit daripada hati dendam kesumat. Kalau Zambry dia akan kata hanya taraf budak-budak. Pasal Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir suka perlekeh dengan berbahasa kepada orang lain `budak-budak'.

Malah aduan tersebut lebih menyerlahkan lagi kegelapan hati beliau. Berfikiran katup (tidak terbuka) dalam dunia yang meraikan pendapat. Jadi Tulang Besi layak dipanggil `Tulang Lusuh'.

Contoh dalam isu kalimah Allah. Dalam hal ini Lim Kit Siang sendiri menghormati pelbagai pendapat tetapi beliau berpegang dan menyetujui pendapat yang beliau rasa lebih sesuai seperti beliau suka kepada pendapat bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Apakah salah berlainan pendapat? Kalau salah maka haramkan mazhab kerana ia lahir akibat pelbagai aliran dan pendapat. Apakah kita hanya mahu terima Syiah sahaja yang betul atau mazhab diiktiraf ahli sunnah wal jamaah. Bagaimana pula dengan mazhab dalam Kristian juga lahir akibat pelbagai pendapat.

Apa akan jadi kalau mazhab itu sahaja kata dia betul, mazhab lain salah? Jemaah itu sahaja yang betul, jemaah lain salah. Barangkali kalau Tulang Besi itu Imam Syafie maka disuruh pengikutnya jangan ikut Imam Malik, Imam Hanafi, Imam Ahmad, Bukhari, Ibnu Hajar, Ibnu Taimiyah dan lain-lain.

Kalau kita tidak setuju dengan pendapat Datuk Dr Harun Din, beliau boleh bermuzakarah dengan Dr Harun Din. Jangan menyekat hak Harun Din menyuarakan pendapat. Lagipun Harun Din sendiri kata itu pendapat beliau sebagai orang Islam bukan atas kapasiti belau sebagai Timbalan Mursyidul Am PAS. Laporan penuh di
http://nanbinjai.blogspot.com/ pada artikal bertajuk Dendam budak-budak, `Tulang Lusuh' yang terkatup."

Tiada ulasan: