"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Nazree Pertikai SPRM Tidak Siasat Setpol Najib

Sharifah Azmawati Syed Abdul Aziz
Bekas Pengerusi Gerakan Rakyat Integriti dan Anti Korupsi (Gerak Malaysia), Mohd Nazree Mohd Yunus menggesa SPRM supaya tidak hanya memfokus siasatan kepada pegawai-pegawai menteri sahaja.

Sebaliknya, SPRM perlu bersifat profesional dan lebih berani supaya tidak mengetepikan nilai intergriti, dengan mengheret orang kenamaan termasuk menteri, bahkan Perdana Menteri ke meja siasatan.

Selain kes Hasbie Satar, Nazree berkata dakwaan terhadap Datuk Shafie Abdullah sebelum ini, setiausaha politik kepada Perdana Menteri yang terlibat dalam penyalahgunaan kuasa melibatkan pentadbiran DBKL, perlu diberi perhatian.

“Jangan sekadar setiausaha politik kepada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri sahaja disiasat oleh SPRM. Bagaimana pula setiausaha politik Perdana Menteri, Datuk Shafie Abdullah yang isu penyalahgunaan kuasanya pernah dibawa ke Parlimen?" katanya kepada TV Selangor.

Jumaat lalu, SPRM menahan Hasbie Satar, Setiausaha Politik kepada Datuk Mohamed Nor Yakcop di pangsapurinya di Teluk Air Tawar, Butterworth Jumaat lalu.
Dalam serbuan kira-kira jam 3.30 petang itu, SPRM menemui sejumlah wang tunai dalam pelbagai not bernilai RM2 juta di premis berkenaan.

Hasbie kemudian meletak jawatan tapi tidak menyatakan sebab berbuat demikian.
-tvselangor-

Tiada ulasan: