"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mengapa Kerajaan Eng Guan digeruni UMNO ?

tokpepijat
Sehari dua ini, Kerajaan pimpinan Lim Eng Guan begitu hebat diserang oleh UMNO. Bermula dengan tuduhan merobohkan gerai orang Melayu hinggalah kepada tuduhan oleh MP Bayan Baru Datuk Zahrin Hashim bahawa Eng Guan seorang chauvanis, diktaktor dan komunis.

Seterusnya berbondong-bondong orang Melayu buat demostrasi hingga bakar patung Eng Guan. Mengapa begitu marah dan geram UMNO Pulang Pinang terhadap Eng Guan ?

Inilah yang perlu kita kaji.

Apabila DAP dapat tawan Pulau Pinang setelah puluhan tahun mengidam dan guna slogan keramat mereka
"Tanjung 1" hinggalah "Tanjung 3"akhirnya Pulau Pinang dapat di tawan dalam PRU 12.

UMNO melihat tertawannya Pulau Pinang bermakna diayah dan propaganda mereka dengan motto perkauman sudah berkecai. Mengapa? Ini kerana berlaku perubahan pemikiran orang Melayu terhadap UMNO.

Mereka melihat UMNO sekadar boneka selama 50 tahun memerintah bersama GERAKAN.

Lebih
"parah" lagi , apabila cara pemikiran Lim Eng Guan berbeza dengan cara pemikiran pimpinan DAP sebelum itu. Kita melihat pemikiran Eng Guan berubah sejak keluar penjara Kajang akibat pembelaannya terhadap gadis Melayu yang dirogol pimpinan UMNO Melaka.

Semasa di penjara, Eng Guan mendapat sokongan moral hasil lawatan pimpinan PAS seperti Mohammad Sabu. Begitu juga hasil bacaan tentang kisah ketelusan Khalifah Umar Abd Aziz. Difahamkan buku kisah Umar Abd Aziz adalah hadiah dari arwah Ustaz Fadhil Nor.

Di sinilah bermulanya titik tolak perubahan pemikiran Lim Eng Guan dan pimpinan DAP hatta Lim Kit Siang.

Sepertimana PAS yang sedar untuk memerintah Malaysia mereka perlukan undi bukan Islam, begitu juga DAP. Mereka menyedari perlunya dibuat anjakan paradigma pemikiran pimpinan mereka dan rakyat terhadap DAP. Jika dulunya orang Melayu melihat DAP umpama melihat komunis dan Singapura. Mereka melihat wajah Lim Kit Siang macamlah melihat wajah Lee Kuan Yew. Penuh kebencian atas dasar perkauman.

Eng Guan menyedari realiti itu. Hasilnya kita lihat berlaku beberapa perubahan anjakan paradigma pimpinan DAP. Inilah yang amat menbimbangkan UMNO. Antaranya :

a) Kunjungan Kit Siang ke Rhusila.

b) Keazaman Eng Guan untuk contohi Khalifah Abd Aziz.

c) Ancaman DAP Perak untuk ingkar arahan DAP Pusat agar tidak sokong PAS jadi MB Perak.

d) DAP Pahang begitu akrab dengan PAS Pahang semasa DAP keluar dari Barisan Alternatif.

e) Pimpinan DAP begitu menghormati TG Nik Aziz.


Melihat kepada ini semualah, maka UMNO mula menghalakan
"peluru pandunya" ke arah Pulau Pinang. Sasaran utamanya Lim Eng Guan.


UMNO akan mengorek-ngorek isu untuk ditimbulkan di Pulau Pinang. Modal perkauman antara yang utama. Tujuan utama agar orang Melayu balik semula kepada pemikiran dahulu iaitu,
"DAP adalah untuk orang Cina, komunis dan Singapura".

Sebab itulah tuduhan MP Bayan Lepas terhadap Eng Guan diulang-ulang oleh Utusan Malaysia dan media barua UMNO. Kini UMNO mendapat 3
"peluru pandu" baru iaitu MP Kulim, MP Bayan Lepas dan MP Pasir Mas untuk dilancarkan ke arah Pulau Pinang.

UMNO melihat rapatnya DAP dengan PAS dalam keadaan MCA masih
"berperang "sesama sendri suatu yang membahayakan UMNO dan BN.

UMNO juga melihat rapatnya DAP dengan PAS bermakna DAP dan orang Cina akan mendapat gambaran sebenar Islam dan keadilannya.

Lebih membahayakan UMNO apabila Lim Eng Guan menguar-uarkan untuk ikuti contoh Khalifah Umar Abd Aziz dengan mengaplikasikan melalui CAT.

Bagi UMNO selagi Lim Eng Guan menguasai Pulau Pinang, harapan mendapat undi Cina semakin tipis sepertimana harapan mendapat Kelantan umpama mimpin di siang hari. Lebih-lebih lagi bila Ku Li bersama dalam perjuangan royalti minyak.
http://tokpepijat.blogspot.com/

Tiada ulasan: