"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pelacur Politik dan Kuman Siplis

Mahfuz Omar
Tuanku Yang DiPertuan Agong di dalam titah perasmian telah mengingatkan Ahli Parlimen supaya menjaga adab dalam perbahasan. Baginda kecewa sikap sesetengah Ahli Parlimen yang tak dapat menjadi contoh yang baik semasa berbahas dalam sidang Parlimen.

Saya tak pasti apa dan siapa yang dimaksudkan. Tetapi apabila membicarakan soal adab dan kesopanan kita tidak boleh hanya melihat tingkah laku seseorang ahli Parlimen ketika berbahas, sedang tingkah laku tindakkan Ahli Parlimen di luar dewan juga merupa perkara penting untuk di nilai.

Contohnya, soal hubungan dengan rakyat, soal amanah dari mandat dan kepercayaan yang diberikan oleh rakyat termasuk melompat parti suatu perbuatan bukan sekadar tidak sopan tetapi mencabuli amanah rakyat. Tindakkan itu juga telah mencemar nama baik Dewan Parlimen.

Parlimen tak boleh mengizinkan Ahli Parlimen seperti ini yang membohongi dan menggadai amanah rakyat. Perbuatan ini sama seperti kesalahan pecah amanah. Orang yang pecah amanah hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen.

Rakyat memberi kepercayaan kepada mereka atas nama Pakatan Rakyat bukan atas nama diri mereka. Mereka boleh untuk tidak bersama PKR dan PR tetapi mereka perlu melepaskan jawatan Ahli Parlimen untuk kembalikan mandat itu kepada rakyat. Inilah cara terbaik untuk mereka membuktikan dakwaan mereka PKR dan PR tidak lagi mendapat kepercayaan rakyat.

Bukannya menjadi pelacur politik yang membawa penyakit yang boleh merosakan masyarakat. Kepada pelacur politik seperti Zaharin dan rakan sewaktu dengannya jangan jadikan Parlimen sebagai sarang pelacuran yang dipenuhi kuman siplis dan wabak aids yang akan meruntuh kemulian dewan yang dibanggakan selama ini.

DATO' HAJI MAHFUZ HAJI OMAR
Naib Presiden PAS

Tiada ulasan: