"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pilihan Raya Kerajaan Tempatan Tingkat Wibawa Ahli Majlis

SHAH ALAM 9 MAC: Kenyataan melulu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini, kononnya cadangan mengadakan pilihan raya kerajaan tempatan hanya mewujudkan politiking, dibantah keras.

Sebaliknya, Pakatan Rakyat yakin pilihan raya itu mampu mengangkat ahli majlis berwibawa dalam menangani masalah kehidupan harian yang membebani rakyat akar umbi, sejak sekian lama.

Bercakap kepada TV Selangor, Khalid hari ini menyelar Najib kerana mengeluar kenyataan yang mendahului Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung cadangan tersebut.

“Saya sudah tahu bukan SPR yang menjawab, sebaliknya Perdana Menteri sendiri yang jawab. Kita cuma mahu hak rakyat dipulangkan kepada rakyat,” katanya dalam satu temu bual eksklusif.

Khalid yakin pilihan raya kerajaan tempatan itu dapat melicinkan lagi pentadbiran kerajaan negeri di Selangor dan mampu meningkatkan kualiti hidup semua lapisan rakyat.

“Kerajaan negeri bersetuju pada masa yang sesuai, kita mengadakan pilihan raya kerajaan tempatan. Tetapi sebelum itu, kita akan mengkaji dan menyemai semangat prasarana PBT," katanya.

Pada 6 Mac lalu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengutus surat kepada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusuf meminta mereka menguruskan proses pilihan raya kerajaan tempatan.

Khalid kemudian turut membuat pengumuman untuk mengadakan pilihan raya kerajaan tempatan.
Sebaliknya, Najib dengan mudah dan tanpa berfikir panjang menyatakan pilihan raya itu tidak perlu dan hanya mewujudkan politicking sedangkan SPR masih mengkaji cadangan tersebut.

Pertama kali pilihan raya kerajaan tempatan diadakan ialah pada 1951 tetapi dimansuhkan kerajaan Umno-BN pada 1965 berikutan konftrantasi dengan Indonesia.

Perdana Menteri ketika itu ialah Tunku Abdul Rahman yang berjanji untuk mengadakan pilihan raya itu semula tetapi sehingga kini, gagal ditunaikan kerajaan Umno-BN.
-tvselangor-

Tiada ulasan: