"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Rogol : Usah Pisahkan Jiran Kerana Darjat & Politik

Zabidie Abas
Beberapa hari lepas seorang isteri telah dirogol ,Perogol pernah dikaitkan dgn pertubuhan haram. Wanita itu dirogol dihadapan suaminya di Taman Sri Pulai Perdana, Skudai Johor.

Rumah mangsa rogol tersebut tidak jauh dari rumah YB Dato' Aziz Sapian ,dalam 500 meter. Oleh kerana perumahan banglow Aziz Sapian dilengkapi pengawal keselamatan.

Mangsa rogol meminta bantuan Ahli Jawatankuasa dan kariah Masjid Taman Sri Pulai Perdana yang majoritinya pendokong PAS dan PKR.

Ia berkemungkinan punca YB Aziz Sapian tidak mesra Masjid, hal-ehwal kejiranan dan permasalahan pengundi dikejiranannya.

Mungkin kerana parti dan bangga kekayaan yang ada menyebabkan YB tersebut mengasingkan diri.

Lantas masjid dibiarkan daif dan sempit, hanya mengunakan kenopi untuk menampung jemaah Sholat Jumaat dan Tarawaih dibulan Ramadhan untuk berlindung jika berlaku hujan.

Pencatat merasakan pengundi DUN Nusajaya sudah lali dengan keegoaan Pengurus Persatuan Bolasepak Johor dan wakil rakyat DUN Nusajaya itu. Masjid dan kejiranan terabai.

Malam tadi pihak AJK Masjid dalam perbincangan bersama kariah berharap penduduk Islam Pulai Perdana usah menuding jari, malah kepada 'bangsa lain' atau wakil rakyat sombong itu. Mantapkan kerjasama dan semarakan ukhuwah semasa jiran dan muslim-bukan muslim.

Pencatat berharap pembaca mengambil iktibar dari kejadian tersebut. Mantapkan kerjasama antara penduduk, aktifkan persatuan belia dan aktiviti kemasyarakatan.

Kenali jiran lebih rapat dan usah pisahkan jiran kerana darjat, agama dan politik. Usah kerana politik jiran anda pula menjadi mangsa jenayah rogol seterusnya .

http://amkj.blogspot.com/
-selatanonline-

Tiada ulasan: