"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tindakan Polis ala Gestapo !

Shamsul Iskandar
Seusai ceramah Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru sempena Majlis Sambutan Ulangtahun Pakatan Kali Ke 2, saya, Zulfikar (Setiausaha AMK) dan beberapa teman pimpinan AMK Pusat dan Wilayah Persekutuan telah bergegas ke Balai Polis Pantai.
Tahir Said di wad separa kritikal Hospital Kuala Lumpur, tangan patah dan baju koyak
Khalid dan Naguib di unit kecemasan, Hospital Kuala Lumpur.

Ini kerana 3 ahli skuad AMK yang cedera perlu dibawa ke Hospital Kuala Lumpur dengan segera. Saudara Khalid, Ketua Skuad, luka di kepala kerana dibelasah dengan perisai dan kayu chotar FRU, saudara Tahir, koyak bajunya dan disyaki patah tangan, juga kerana dibalun oleh kayu chotar FRU. Manakala mangsa keganasan polis yang ketiga, Saudara Naguib yang paling teruk dibelasah. Beliau luka di kepala dan muka, badannya lebam depan dan belakang kerana ditendang serta dipijak oleh FRU !

Apakah pihak polis cuba buktikan malam tadi ? Di mana perginya budi bahasa sebagai seorang anggota polis di mana wang gaji mereka dibayar daripada hasil cukai yang dikutip daripada rakyat ? Apakah polis ingin kembali mengganas semula seperti era reformasi, 1998 apabila rakyat mula memanggil mereka sebagai ANJING ? Nah, kalau begitu niat mereka silakan.

Dalam ilmu fizik, ada satu teori; if there is action, there is always a reaction. Tunggulah reaksi daripada rakyat !

Anggota FRU Rempuh Majlis Sambutan Pakatan Rakyat

KUALA LUMPUR 8 Mac – Takut berdepan dengan gelombang rakyat yang menuntut perubahan radikal senario politik tanahair, Umno dan Barisan Nasional sekali lagi memperalatkan anggota keselamatan untuk mempertahankan sistem pemerintahan yang berlandaskan penindasan dan kezaliman berterusan terhadap rakyat.

Malam tadi lebih 30 anggota FRU, dua trak meriam air dan berpuluh-puluh anggota polis dikerahkan untuk mengganggu dan menghalang Pakatan Rayat daripada menyambut ulangtahun kedua kemenangan Pakatan Rakyat Wilayah Persekutuan di Kelab Sultan Sulaiman.

FRU menyerbu pentas utama
Anggota FRU yang berpakaian lengkap merusuh masuk ke dalam perkarangan premis di mana acara sambutan diadakan apabila sahaja Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menamatkan ucapan beliau dan Ahli Parlimen Gombak Azmin Ali mula berucap pada pukul 9:45 malam.

Keadaan kecoh tercetus apabila anggota FRU cuba menghalang Azmin meneruskan ucapan beliau dan petugas Skuad AMK serta anggota keselamatan Pakatan Rakyat terpaksa berdepan dengan keganasan anggota FRU.

Ketua Skuad AMK mengangkat tangan tanda semangat walaupun cedera.
Ketua Skuad AMK Abdul Khalid Hassar serta dua ahli skuad, Naguib Mahfuz Ismail dan Tahir Said cedera dipukul dengan perisai dan cotar.

Abdul Khalid luka didahi akibat dihentak dengan perisai manakala Naguib luka di muka dan belakang badannya akibat dipijak oleh anggota FRU sementara Tahir mengalami kecederaan pada tangan kanan beliau.
Seorang ahli KEADILAN Lembah pantai yang dikenali sebagai “Lan Mamak” ditahan oleh pihak polis semasa kekecohan berlaku di atas pentas.

“Kami terpaksa berasak-asak melindungi pemimpin Pakatan Rakyat takut dicederakan oleh anggota FRU.

“Dalam keadaan yang kritikal begitu kami sebagai barisan hadapan menjaga keselamatan menghalang pasukan keselamatan daripada merempuh pentas di mana pemimpin Pakatan Rakyat berada,” jelas Abdul Khalid.

Sebelum itu beberapa pegawai dan anggota polis daripada Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kuala Lumpur cuba memujuk supaya pihak penganjur membatalkan ucapan pemimpin Pakatan Rakyat tetapi telah di boo oleh hadirin yang melihat tindakan polis itu sebagai keterlaluan.

Ketiga-tiga mangsa membuat laporan polis di balai polis Pantai dalam dan kemudiannya ke Hospital Kuala Lumpur untuk pemeriksaan doktor.
Sambutan yang dihadiri hampir 6,000 orang itu terpaksa dipindahkan di dalam dewan selepas Ketua Penerangan KEADILAN Latheefa Koya dan Ahli Parlimen Batu Tian Chua berubding dengan pihak polis.

Selain Menteri Besar dan Azmin pemimpin Pakatan Rakyat yang hadir pada majlis itu termasuk Presiden dan Timbalan KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail dan Senator Dr Syed Husin Ali, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN Shamsul Iskandar Mohd Akin ketika mengulas mengenai keganasan pihak keselamatan berkata perbuatan mereka akan menyemarakkan lagi kemarahan rakyat terhadap Umno dan BN.

“Ini adalah tindakan yang telah diarahkan oleh pimpinan Umno dan BN. Polis mempunyai tanggungjawab yang lebih besar untuk menangkap penjenayah bukannya masuk campur urusan parti politik dan mengganggu gugat aktiviti parti politik.

Sumber : suara-keadilan.com

Pejabat Ketua AMK

Tiada ulasan: