"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kes tembak remaja: Empat peronda polis ditukarkan serta-merta

SHAH ALAM, 26 April: Empat anggota peronda polis yang terbabit dalam kejadian tembak mati seorang remaja dipercayai anggota kumpulan samun awal pagi tadi di Seksyen 11 di sini ditukarkan ke tugasan pejabat berkuatkuasa serta merta.

Susulan kejadian itu, Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata pegawai dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dilantik bagi menjalankan siasatan kes berkenaan yang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Kesemua mereka ditukarkan ke “desk duty” sementara kes ini disiasat, apapun pihak IPK Selangor akan menjalankan penelitian ke atas kes ini dari semua aspek,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata kesemua anggota terbabit akan disiasat secara terperinci bagi mendapatkan maklumat sebenar punca kejadian itu.

Khalid berkata dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi ini, seorang remaja lelaki berusia 15 tahun mati terkena tembakan polis manakala rakannya Berjaya melarikan diri ketika terserempak dengan kereta peronda polis (MPV) di kawasan Seksyen 11 di sini.

Beliau berkata kejadian tembakan itu berlaku apabila remaja berkenaan enggan berhenti dan cuba melarikan diri selepas anggota peronda polis terserempak dengan suspek yang menaiki kereta jenis Proton Iswara dan berada dalam keadaan mencurigakan.

Katanya anggota polis terbabit melepaskan empat das tembakan ke arah tayar kereta suspek di mana satu daripadanya dipercayai terkena suspek.”Hasil pemeriksaan terhadap kenderaan yang dinaiki suspek menemui sebilah parang dipercayai digunakan untuk kegiatan samun,” katanya.

Mayat suspek dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk dibedah siasat.

-Bernama-

Tiada ulasan: