"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

TERKINI: Tamat Kontrak Alam Flora, MDHS Bijak Urus Sisa Pepejal

SHAH ALAM, 13 APR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali hari ini mencadangkan kerajaan negeri supaya tidak memperbaharui kontrak Alam Flora Sdn Bhd berikutan perkhidmatan syarikat itu, tidak memuaskan dan lemah.

Sehubungan itu, beliau juga menggesa semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor supaya meneliti semula perjanjian dengan Alam Flora yang dilihat gagal memainkan peranan dengan baik.

"Perkhidmatan dalam menguruskan sisa pepejal yang ditunjukkan Alam Flora tidak memuaskan dan terlalu lemah," kata Azmin pada sesi perbahasan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Azmin memuji Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) yang menunjukkan kemampuan luar biasa dalam menguruskan sisa pepejal di kawasan pentadbiran mereka.

Sehingga berita ini ditulis pada jam 12.11 tengah hari, perbahasan Azmin masih berlangsung.
-tvselangor-

Tiada ulasan: