"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

SPR: Sejumlah 37 borang pencalonan dijual

Sejumlah 37 borang pencalonan untuk pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor telah dijual.

Menurut Pengerusi, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, borang-borang itu dibeli oleh anggota daripada pelbagai parti.

Bagaimanpun katanya, ia adalah bukanlah sesuatu yang janggal kerana pada setiap kali pilihan raya kecil diadakan, banyak borang yang dijual.

“Mungkin mereka membeli lebih borang bagi mengelakkan kesilapan ketika mengisi borang. Lagipun, borang itu adalah murah,” katanya sambil menambah bahawa setiap borang dijual pada harga RM20.

Aziz juga berkata dua calon telah membayar wang pendahuluan untuk bertanding pada pilihan raya itu.

"Satu daripada BN manakala satu lagi adalah daripada calon bebas,” katanya tanpa mengulas lanjut.

Pilihan raya itu dijangka menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon PKR, Datuk zaid Ibrahim menentang P Kamalanathan yang mewakli BN. Namun, bekas timbalan ketua bahagian MIC Hulu Selangor, VS Chandran dan ahli perniagaan Johan Mohd Diah masing-masing juga telah mengumumkan pencalonan mereka.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: