
Ahli Parlimen Permatang Pauh itu gagal dalam rayuannya di peringkat Mahkamah Rayuan yang pada 17 Februari memutuskan bahawa Anwar gagal untuk membuktikan bahawa tuduhan dan pendakwaan terhadap beliau adalah bersifat menindas bagi membolehkan tuduhan itu dibatalkan.

Beliau gagal dalam usahanya agar tuduhan itu dibatalkan di Mahkamah Tinggi yang telah menolak permohonannya pada 1 Disember tahun lalu.
Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dibicarakan atas dakwaan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 25, di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara, Kuala Lumpur pada 26 Jun, 2008.
Anwar menghadapi hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika disabitkan. Beliau didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan.
Pembelaan dijadual memeriksa balas Mohd Saiful apabila perbicaraan bersambung pada 10 Mei.
-Bernama-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan