Boo Su-Lyn
PETALING JAYA, 15 April: Tanggal 15 Mac diisytiharkan sebagai Hari Hak Keistimewaan Melayu - diputuskan selaras dengan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan, kata Presiden Gabungan Pelajar Melayu Malaysia (GPMS), Jais Abdul Karim.
Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan memberi hak kepada Yang di-Pertuan Agong, bertanggungjawab menjaga hak-hak dan keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera.
Ia secara terperinci memberitahu bagaimana kerajaan persekutuan mempertahankan kepentingan kumpulan-kumpulan ini dengan mengadakan kuota untuk kemasukan perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam.
Dalam ucapannya pada majlis pelancaran Skuad Jelajah Motivasi 1Malaysia di Universiti Malaya hari ini, Jais berkata, Hari Hak Keistimewaan Melayu adalah berdasarkan Agenda 153, yang mempertahankan hak-hak keistimewaan orang Melayu.
“Kami yakin bahawa 1Malaysia adalah (elemen) 1Malaysia yang didapati dalam Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara,” kata Jais.
Dalam ucapannya, Jais juga memberi amaran tegas kepada golongan Melayu yang liberal dan pemimpin bukan Islam yang rasis agar tidak bertindak bertengangan dengan Agenda 153.
“GPMS akan mempertahankan hak-hak orang Melayu sehingga titisan terakhir darah,” katanya.
Awal bulan ini, GPMS membuat laporan polis terhadap Pengerusi DAP Karpal Singh yang didakwa mempersoalkan hak-hak keistimewaan. GPMS terdiri daripada 400,000 ahli.
-malaysianinsider-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan