"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pakatan Rakyat Selangor Agresif Agih Manfaat Pada Rakyat

Dalam dua tahun pentadbiran Pakatan Rakyat, sebahagian besar wang pembayar cukai dikembalikan kepada rakyat selaras dengan Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua berkata wang kutipan hasil dan dari sumber pendapatan lainnya digunakan untuk menampung program pro-rakyat seperti skim air percuma, tabung usia emas dan tabung anak Selangor.

“Kita tak henti- henti beri manfaat pada rakyat. Macam mana Selangor boleh beri begitu banyak wang manfaat kepada rakyat di Selangor, mcamaana ? Senang sahaja, kita tak ada rasuah, kita mengurus dengan berhemah, kita menggunakan wang rakyat dengan cara yang baik, dan mengamalkan tender terbuka supaya kita mendapat nilai yang tertinggi kepada setiap ringgit yang kita gunakan,” katanya.

Beliau berkata demikian di satu ceramah bersama- sama Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar di Kuala Kubu Bharu semalam.

Mahfuz menjelaskan undi kepada calon Pakatan Rakyat adalah undi kepada skim- skim pro-rakyat seperti ini.

Beliau juga menyeru warga Hulu Selangor untuk menolak pemerintahan rasuah dan korup UMNO Barisan Nsional dengan mengundi calon Pakatan Rakyat, Zaid Ibrahim.

“Keputusan tuan- tuan untuk mengekalkan undi bagi memilih calon daripada Pakatan Rakyat, daripada Parti Keadilan iaitu Datuk Zaid Ibrahim nanti ialah sebagai satu signal untuk nak bagitahu kepada mereka yang lompat parti dan kepada kepimpinan UMNO Barisan Nasional yang bertanggungjawab untuk membeli mereka bahawa, rakyat menolak perbuatan tidak bermoral dan perbuatan yang dianggap sebagai bankrup dan muflis politik UMNO Barisan Nasional,” kata Mahfuz.
-tvselangor-

Tiada ulasan: