Sekatan-sekatan jalan itu dibina di dua tempat strategik merentasi jalan balak berhampiran kampung-kampung Penan Long Sabai dan Ba Keramau, di bahagian hulu sungai Akah.
Menurut masyarakat Penan, peninjau-peninjau syarikat balak yang telah diberikan konsesi membalak telah diminta berulang kali menghentikan kerja di kediaman orang Penan.
Namun segala rayuan mereka tidak diendahkan.
Justeru, berdepan dengan masalah itu, penduduk kampung itu telah mendirikan dua sekatan jalan, pada 24 Mac dan 31 Mac yang lalu.
“Kami sedar bahawa kami lemah jika dibandingkan dengan jentolak syarikat balak. Tetapi kami bertekad untuk berjuang melindungi hutan kami, sebab kami dan generasi akan datang tidak dapat hidup tanpa hutan.
“Kalau kami benarkan syarikat itu masuk dan melakukan pembalakan, mereka pasti mahu ambil semua hutan kami ini,” kata Aya Luding (kanan), seorang wakil masyarakat Long Sabai,
Pada November tahun lalu, 17 masyarakat Penan di kawasan Ulu Baram telah mengisytiharkan tanah asal mereka sebagai hutan simpanan yang ditadbirkan oleh mereka sendiri.
Hutan yangdinamakan “Taman Keamanan Penan” itu meliputi kawasan 163,000 hektar.
Ia termasuk hutan rimba yang sangat bernilai dari segi pemuliharaan serta tanah pertanian tradisional berdekatan dengan sempadan Malaysia dengan Indonesia.
-malaysiakini-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan