"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

"Kepanasan" punca BN lantik APCO

Mohd Nor Yahya
KUBANG KERIAN, 16 April:
Tindakan kerajaan membawa firma perunding Apco Worldwide dalam bidang komonikasi negara disebabkan "kepanasan" setelah kalah teruk pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 lalu, kata Ketua Pemuda PAS Kelantan Abdul Latiff Abdul Rahman.

Kekalahan itu jelasnya menjadikan Barisan Nasional serba tidak kena sehingga terpaksa mengambil syarikat perunding yang ada hubungan dengan Israel bagi berdepan dengan Pakatan Rakyat.

“Mereka terpaksa mendapat kepakaran dari Israel setelah dikalahkan teruk dalam PRU12 dulu dan mereka kini diibaratkan seperti berada dalam kepanasan dan terpaksa bergantung kepada penasihat luar," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Mesuarat Agung Pemuda PAS Kawasan Kubang Kerian di SMU(A) Taqadum Maarif Pasir Tumboh pagi ini.

Beliau merasmikan mesyuarat tersebut sebagai mewakili Naib Presiden PAS Pusat Salehuddin Ayub.

Tambahnya lagi, penglibatan Apco dibimbangi akan mendedahkan maklumat strategik negara kepada pihak asing sekaligus mengancam keselamatan negara pada masa kan datang.

Sehubungan tiu jelasnya, Pemuda PAS Kelantan akan membuat laporan polis berhubung perkara tersebut pada 22 April ini manakala satu demonstrasi aman kan diadakan pada 23 April di Dataran Ilmu selepas kuliah mingguan.

Tiada ulasan: