"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mugilan berdepan kemungkinan dipecat

Timbalan ketua Pemuda MIC, V Mugilan berdepan dengan kemungkinan dipecat dari parti itu sekiranya dia dipilih esok sebagai calon BN dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.

Perkara itu telah dibincangkan dalam mesyuarat tergempar jawatankuasa kerja pusat MIC di ibunegara malam ini

Dalam sidang akhbar ringas selepas itu, Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu berkata tindakan disiplin akan diambil terhadap sesiapa sahaja yang bertindak untuk menghancurkan parti.

"Sesiapa pun daripada parti kita yang mempermainkan parti, mereka yang ambil tindakan sendiri untuk menghancurkan parti, kita sudah putuskan ambil tindakan tatatertib mengikut undang undang," katanya..

Ditanya sama ada beliau merujuk kepada Mugilan, Samy Vellu menjawab: "Boleh jadi Mugilan atau sesiapa saja. Muligan adalah yang teratas dalam senarai."

Ditanya apakah Mugilan akan dipecat, beliau menjawab: "Kita telah memutuskan untuk menunggu hingga esok. Kami mahu siasat lebih lanjut.

"Kita telah putuskan mengenai Muligan. Kita mahu tunggu hingga jam 10 pagi esok," katanya sambil menambah mereka akan menunggu keputusan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ditanya sama ada Muligan dipilih sebagai calon, Samy Vellu jawab: "Saya tidak mahu kata apa apa mengenainya."

Sementara itu, difahamkan sebarang keputusan mengenainya akan diumumkan jam 10 pagi esok selepas Samy Vellu mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di Putrajaya jam 8.30 pagi.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: