"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

MP Wangsa Maju Bakal Keluar PKR?

addin_77
Ahli parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong yang menyarung jersi PKR ketika Pilihan Raya Umum ke-12, dijangka mengikut jejak ADUN Bakar Arang, Kedah Tan Wei Shu untuk keluar dari PKR dan menjadi ahli parlimen bebas.

Sumber dalaman PKR memberitahu
bahawa Wee Choo Keong (gambar kanan) dijangka keluar dari PKR dan mengisytihar dirinya "bebas", mencetus ledakan "keluar parti" seterusnya.

Bagaimanapun, Wee Choo Keong enggan mengesahkan khabar ini ketika dihubungi, sebaliknya meminta wartawan untuk mendedahkan identiti orang yang memaklumkan khabar tersebut. Permintaannya ditolak atas alasan melindungi sumber maklumat, lantas beliau membalas, "Saya tidak akan beritahu kamu kerana kamu tidak beritahu saya."


Beliau juga enggan menjawab apabila diajukan soalan sama ada beliau akan memanggil sidang media atau tidak. Manakala Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail memberitahu bahawa tiada surat letak jawatan daripada Wee Choo Keong diterima. Wee Choo Keong ialah Setiausaha Agung Parti Demokratik Malaysia bertanding di Wangsa Maju pada PRU ke-12 atas tiket PKR. Setelah menang dalam "tsunami politik" tersebut, beliau kerap menghadiri mesyuarat dan aktiviti PKR, tetapi tidak mengumumkan secara rasmi sama ada telah menyertai PKR.

Tiada ulasan: