"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Khalid Samad batal hasrat saman Harussani

Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad hari ini membatalkan hasratnya bagi mengambil tindakan undang-undang terhadap Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria.

Katanya, beliau menerima
penjelasan mufti veteran itu - bahawa kenyataan itu dibuat secara umum dan tidak ditujukan secara langsung kepada mana-mana pihak - sebagai "satu penafian".

"Kalau beliau kata begitu, buat apa saya hendak teruskan lagi (tindakan menyamannya)," kata ahli parlimen PAS itu.

Harussani hari ini menjelaskan, beliau tidak pernah menyebut secara spesifik mana-mana pihak - termasuk Khalid - sebagai tidak beriman ketika membahaskan isu penggunaan kalimah Allah.

Katanya, tiada sebab beliau hendak menyebut nama Khalid ketika membahaskan isu tersebut.

Dalam masa yang sama, Harussani mendakwa, beliau langsung tidak mengenali Khalid.

Ketika dihubungi
Malaysiakini petang ini, Khalid turut mengambil kesempatan menempelak tabloid berkenaan yang dikesan diedar di parlimen semalam sebagai "tidak boleh dipercayai" dan "layak dicampak ke bakul sampah."

"Ia adalah pembohongan yang jelas. Kalau satu cerita dia bohong, semua cerita lain juga bohong," katanya.

Malaysiakini difahamkan, tabloid dengan reka bentuk mirip akhbar rasmi sebuah negeri Pakatan Rakyat itu memfokuskan laporannya 'menyerang' pentadbiran dan pemimpin gabungan PKR, DAP dan PAS.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: