"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

KWSP Tuntut Bayaran Balik Pinjaman Dari Transmile

FreeMalaysiaToday

PETALING JAYA: Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) sedaya upaya menggunakan semua langkah undang-undang untuk mendapatkan semulaRM50 juta hutang dari Transmile Group Bhd.Adalah dipercayai, KWSP adalah pihak utama yang memfailkan petisyen penggulungan syarikat kargo udara itu lewat bulan lalu, menurut The Star.

Tindakan KWSP ini memeranjatkan pemiutang-pemiutang Transmile yang lain, mungkin akan mencetuskan pertarungan sengit di antara lebih 10 institusi kewangan tempatan dan luar negeri bagi menuntut kembali pinjaman mereka dari Transmile.

Pakar-pakar undang-undang berkata, pihak mana dari kalangan pemiutang-pemiutang yang akan diberi keutamaan dalam mengutip hutang tersebut tidak diketahui.

Menurut laporan tahunan 2009 Transmile, hampir kesemua hutang-hutang itu tidak bercagar.

Aset utama Transmile ialah empat pesawat berbadan lebar bernilai RM386 juta. Tetapi Transmile berkata dalam laporan tahunan terbarunya, berdasarkan keadaan pasaran semasa adalah sukar bagi syarikat itu untuk menjual pesawat-pesawat itu.

Tindakan agresif KWSP dibuat kerana tidak ada perubahan dalam kedudukan kewangan Transmile. KWSP juga percaya ia mempunyai kes yang kuat untuk mendapatkan semula hutangnya jika syarikat itu ditutup.

Kedudukan kewangan Transmile semakin merosot, termasuk kedudukan tunai kerana berlaku persaingan sengit dalam pasaran kargo udara.

Transmile juga dibelenggu dengan bayaran hutang termasuk kadar faedah yang lebih tinggi dalam tahun 2009 berbanding setahun sebelum itu.

Menurut laporan tahunan syarikat itu, pemiutang-pemiutang juga menolak usaha untuk menukar hutang kepada ekuiti dalam Transmile sepertimana yang dicadangkan oleh pengurusan baru.

Salah satu sebab ialah mereka mahu melihat pemegang-pemegang saham utama dalam Transmile menyuntik lebih banyak modal ke dalam syarikat itu.

Pemegang saham utama syarikat itu ialah Kumpulan Kuok (yang terus menguasai 18 peratus dari syarikat itu) dan Pos Malaysia Bhd
sebanyak 15 peratus.

Tiada ulasan: