"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Seorang Lagi Calon Bebas Bertanding Di Hulu Selangor

HULU SELANGOR, 14 April: Seorang ahli perniagaan Johan Mohd Diah, 31, pada hari Rabu menawarkan diri untuk bertanding sebagai calon Bebas pada pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor 25 April ini.

Beliau merupakan calon kedua menawarkan diri selepas bekas Timbalan Pengerusi MIC Bahagian Hulu Selangor V. S. Chandran mengumumkan bertanding.

"Saya anak jati Felda dan pengundi di sini. Saya sudah mengambil borang bertanding calon Bebas atas permintaan umum untuk membela nasib 1,000 orang peneroka di Felda Sungai Tenggi dan gugusan Felda Hulu Selangor yang ada 6,000 pengundi.

"Ramai orang berkaliber di sini...jadi kenapa nak undi calon dari luar seperti calon PKR dari Kelantan," katanya yang berasal dari Felda Sungai Tenggi dan mewakili kira-kira 20,000 pengundi muda di Hulu Selangor.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad, pada 25 Mac akibat barah otak.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim telah dipilih sebagai calon PKR manakala Barisan Nasional (BN) dijangka mengumumkan calonnya esok.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka mengumumkan calon BN untuk pilihan raya kecil itu pada pukul 4 petang esok.

Hari penamaan calon adalah Sabtu ini.

-BERNAMA-

Tiada ulasan: