"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

'Pornthip pembohong' - Hina mahkamah ke atas Nazri

Peguam, Karpal Singh hari ini memfailkan permohonan bagi mendakwa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz menghina mahkamah kerana melabelkan pakar patologi Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand sebagai 'pembohong'.

azlanPermohonan itu dibuat mengikut Item 26 Akta Mahkamah Rendah 1948 berhubung kenyataan Nazri kepada Malaysiakini pada 11 April lalu berhubung inkues Teoh Beng Hock.

Nazri dipetik sebagai berkatai: “Dia pembohong. Dia menipu pada inkues”.

Usul supaya Nazri dikenakan tindakan kerana menghina mahkamah disokong oleh n affidavit yang difailkan oleh led by Teoh Meng Kee, yang merupakan adik Beng Hock.

Permohonan bagi mendapatkan perintah itu akan didengar di Mahkamah Koroner selepas Selasa depan.

NONEBercakap kepada pemberita, Karpal (duduk, bertali leher) berkata sudah tiba masanya bagi Nazri dikenakan tindakan menghina mahkamah kerana beliau telah menganggu kelancaran perbicaraan inkues itu.

"Ini boleh dilihat sebagai percubaan oleh eksekutif bagi mengenakan tekanan terhadap perbicaraan yang sedang berlangsung,” katanya.

Nazri melabelkan Pornthip sebagai pembohong selepas pakar patologi itu mendakwa dia menghadapi 'tekanan politik' daripada kerajaan Malaysia setelah terbabit dengan inkues itu.

Pendedahan itu dibuat pada Ahad lalu menerusi berita eksklusif kepada
Malaysiakini.

NONEMenurut Pornthip, beliau mendapat maklumat daripada pegawai kerajaan Thailand bahawa rakan sejawatan mereka memberikan "isyarat" kepada kementerian luar Thailand bahawa kedatangan Pornthip tidak dialu-alukan di Malaysia.

Pornthip memberitahu beliau telah "dinasihatkan" oleh pegawai-pegawai tinggi Jabatan Kehakiman Thailand - tempat beliau bertugas sebagai ketua pengarah Institut Sains Forensik Pusat - supaya jangan ke Malaysia minggu depan untuk menghadiri inkues tersebut.

Pakar patologi berusia 54 tahun itu berkata, kementerian kehakiman telah menerima maklumat daripada kementerian luar Thailand bahawa beliau mungkin menghadapi masalah jika ke Malaysia, termasuk kemungkinan dihalang memasuki negara ini.

teoh 2nd autopsy 221109 gobind brother porntipMenurutnya, kementerian luar Thailand telah menarima "isyarat" dari kerajaan Malaysia melalui "saluran tidak rasmi" bahawa kehadiran beliau dalam inkues tersebut, adalah tidak disenangi.

Pornthip dijadualkan memberi keterangannya pada 20 April ini dan dijangka akan disoal mengenai pengamatannya terhadap bedah siasat kedua yang dijalankan ke atas mayat mendiang Teoh.

Dia menerima pelawaan kerajaan Selangor bagi membantu menentukan punca kematian Teoh berdasarkan pro bono, iaitu perkhidmatan kerajaan kepada kerajaan tanpa sebarang bayaran.

Menurut beliau kebimbangan mengenai keselamatannya bermula apabila pada November tahun lalu ketika terbabit dalam bedah siasat kedua, Pornthip diekori oleh sekumpulan lelaki yang tidak dikenali.

Tindakan itu memberi tekanan kepadanya dan kebimbangannya memuncak pada Januari lalu apabila dua laporan polis dibuat ke atasnya berdasarkan tuduhan dia membocorkan keputusan bedah siasat kedua itu.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: