"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Hulu Selangor: Menteri pun tak cerdik?

Mutaligat
Sudah jadi menteri pun pemikiran masih sama dengan JKKK kampung. Naib Presiden UMno Mohd. Shafie Apdal semalam mahu rakyat khususnya di kawasan Parlimen Hulu Selangor supaya menyedari sumbangan serta jasa kerajaan selama ini yang menyediakan pelbagai perkhidmatan dalam membangunkan kawasan itu.

Jelasnya, rakyat perlu bijak menilai peranan besar yang disumbangkan kerajaan dalam melaksanakan pelbagai infrastruktur dan prasarana untuk dinikmati segenap lapisan masyarakat kawasan berkenaan.

Kepada Shafie saya ingin nyatakan bukan pembangunan fizikal yang rakyat sangat tuntut sekarang tetapi penyelesaian kepada masalah jenayah, maksiat (buang anak/anak luar nikah), hak asasi manusia, pendidikan, perkauman sempit, ekonomi, kezaliman, kenaikan harga barang, kronisme, rasuah dan sebagainya.

Pembangunan fizikal saya yakin sudah dikecapi oleh rakyat dikebanyakan tempat tetapi bagaimana dengan isu-isu dan masalah-masalah di atas. Kerajaan ternyata gagal menangani dan mengatasi masalah tersebut.

Politik pembangunan ini sudah ketinggalan zaman tetapi pemimpin Umno dan BN masih mengamalkannya sedangkan rakyat sudah muak dengannya.

Insaflah wahai pemimpin Umno dan BN.

Tiada ulasan: