"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Wei Shu kecewa tidak dilantik semula Exco

Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 15 April: Tindakan Adun Bakar Arang, Tan Wei Shu mengisytiharkan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini kerana kecewa tidak dilantik semula sebagai Exco Kerajaan Negeri Kedah.

Sehubungan itu, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan bahawa perlantikan Exco kerajaan negeri berdasarkan prestasi.

“Setelah digugur sebagai Exco Kedah, Tan Wei Shu (kiri) jadi Bebas. Exco bukan hak, tetapi dipilih berdasar prestasi,” ujarnya.

Pengarah Pemantapan Politik Keanggotaan PKR, Datuk Johari Abdul(kanan) pula tidak menjangka ada sebab lain yang diambil oleh Wei Shu itu keluar parti.

"Saya tak jangka ada sebab yang lain, beliau tidak ada masalah dalam PKR kecuali mungkin disebabkan tidak lagi dipilih menjadi Exco," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Sungai Petani.

Ditanya tentang punca Wei Shu keluar meninggal PKR, Johari seakan mengaku bahawa beliau merupakan punca bekas Exco Kerajaan Kedah itu bertindak menjadi Adun Bebas.

"Dia mengatakan bahawa dia kecewa dengan saya kerana saya tak sokong dia jadi Exco," jelas beliau ketika dihubungi Harakahdaily petang ini.

Bagaimana pun, beliau berkata, keputusan melantik Adun Sidam, Tan Show Kang menggantikan Wei Shu dalam kerajaan Kedah yang baru tersebut bukan diputuskan oleh beliau secara peribadi.

"Keputusan menggugurkan beliau (dari) menjadi Exco bukan saya yang buat sendiri-sendiri, kepimpinan parti peringkat negeri yang putuskan," jelasnya.

Pun begitu, beliau menafikan bahawa Wei Shu seorang Adun yang bermasalah sewaktu menjawat jawatan Exco sebelum ini.

"Dia tak ada masalah, dengan saya tak ada masalah, dengan PKR pun tak ada masalah sebelum ini," kata beliau.

Ujarnya lagi, keputusan PKR Kedah melantik Show Kang berasaskan kebolehupayaan beliau berbanding Whe Shu demi memperkukuh kerajaan negeri dan Pakatan Rakyat Kedah.

"Iyalah, Show Kang lebih layak, kita (PKR) berilah peluang kepadanya pula agar (kerajaan) negeri dan Pakatan (Rakyat) makin kuat," jelasnya.

Pada 10 Mac lalu, Wei Shu digugurkan ketika Kerajaan Kedah membuat rombakan Exco.

Ekoran itu, beliau dilihat mula mengkritik kepemimpinan Pakatan Rakyat seperti beberapa empat bekas wakil rakyat PKR yang lain sebelum ini.

Tiada ulasan: