Khairul Azlam
KUALA TERENGGANU, 17 April: Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, menolak Umno-BN bererti menolak kehadiran ejen-ejen Yahudi dan Israel dari bertapak di negara ini.
Justeru, menurutnya, umat Islam perlu prihatin serta ambil peduli dengan isu semasa yang semakin terancam di bawah pemerintahan Umno dan Barisan Nasional (BN).
“Kita membuat bantahan terhadap APCO Worldwide hari ini kerana bimbang tentang keselamatan negara dan umat Islam akan bocor ke tangan Yahudi-Israel.
“Sejarah Yahudi sememangnya tidak pernah jujur dan ikhlas dengan umat Islam sejak dari zaman Nabi-nabi dan Rasul-Nya,” tegasnya di hadapan hampir 1,000 umat Islam yang menyertai Himpunan Aman Membantah APCO Worldwide di hadapan Masjid Pengadang Baru, dekat sini, semalam.
Beliau mengetuai perhimpunan secara aman bagi membantah penglibatan APCO Worldwide, syarikat yang ada hubung kait dengan agen Yahudi-Israel.
Katanya, perhimpunan seumpama ini turut diadakan serentak di seluruh negara sebagai tanda sepakat membantah kehadiran agensi Israel secara tidak langsung.
Perhimpunan tersebut anjuran Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu dibuat sejurus selesai solat Jumaat sekitar jam 2.30 petang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan