"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Jamil Khir wajib taubat nasuha - Dr Ustaz Badrulamin

Din Binjai

Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Dr Badrulamin Bahron meminta Menteri di Jabatan Perdana melakukan taubat nasuha berhubung kenyataan beliau terhadap fatwa Syeikh Yusuf Al-Qardawi berkaitan tuduhan liwat ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Pertama memang ada larangan di dalam Al-Quran terhadap orang yang mengetahui tapi menyembunyikan apa yang dia tahu, dalam hal ini, Jamil Khir cuba berdalih kononnya ini cuma pendapat Yusof Qardawi dan bukannya fatwa.

"Saya nak tegaskan ini hukum Allah yang jelas dan tidak perlu fatwa, fatwa diperlukan bila hukum tidak jelas tetapi dalam hal ini hukum amat jelas. Persoalannya di sini apa hukumnya terhadap orang yang menolak hukum Allah ini, hukumnya adalah kafir.

"Sheikh Yusuf Qaradawi menjelaskan mengenai sesuatu yang lebih tinggi dari fatwa kerana dalam perkara liwat ini hukumnya amat jelas dan tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana pihak dan wajib menerimanya," jelas Dr Badrulamin pada majlis penerangan di Dewan Serbaguna Kampung Selisek, Hulu Bernam Isnin lalu.

Menurut beliau lagi, Syeikh Yusuf Al-Qardawi cuma membaca firman Allah di dalam Al-Quran dan beliau hanya membaca ayat yang tidak diubah walau sedikit pun.

"Kalau hukum sudah jelas dan Jamil masih lagi mahu berdalih seolah-olah hukum tidak wujud dan saya ingin lihat apa niatnya, kalau niatnya untuk menafikan ayat Allah maka kafir tetapi kalau atas tujuan politik untuk menutup kemungkaran maka dia itu munafik dan fasik.

"Munafik itu orang yang mencipta fitnah dan orang yang menyebarkannya adalah fasik.

Dalam pada itu Dr Badrulamin juga menjelaskan bahawa orang yang fasik adalah orang tidak akan diterima kesaksiannya di mahkamah atau sebagai wali di majlis perkahwinan buat selama-lamanya.

"Orang fasik jika menjadi saksi maka tidak sah nikahnya, apabila nikah tersebut tidak sah maka suami isteri itu juga tidak sah, jika suami isteri tidak sah maka anak yang dilahirkan juga tidak sah, ini soal hukum besar dan sebab itu Syeikh Yusuf Al-Qardawi minta Anwar sampaikan pada setiap orang,

"Soal rakyat terima tidak terima, itu hak masing-masing antara dia dengan Allah kerana tugas kita ialah menyampaikan dan setiap orang mesti dengar maka di Hulu Selangor ini adalah peluang bukan kerana semata-mata kempen menang tetapi kempen akidah untuk menyelamatkan daripada tergolong daripada golongan munafik dan fasik," tegas bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia itu.

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/2010/04/jamil-khir-wajib-taubat-nasuha-dr-ustaz.html

"KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT "

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Tiada ulasan: