"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Anwar: Sibu buktikan rakyat kuasa keramat

KUALA LUMPUR, 17 Mei: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kemenangan calon DAP, Wong Ho Leng dalam pilihan raya kecil kerusi Parlimen Sibu semalam membuktikan kuasa rakyat adalah kuasa “keramat” yang tidak lagi tunduk kepada sogokan oleh pimpinan Umno-BN.

“Rakyat Sibu membuktikan bahawa kita semua bahawa kuasa rakyat adalah kuasa keramat.

“Mereka membuktikan bahawa tidak lagi tunduk kepada sogokan yang dilakukan pimpinan Umno-BN,” kata Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) itu.

Beliau berkata kemenangan itu memperlihatkan kekuatan penggerak PR yang mengagumkan dalam berhadapan dengan jentera lawan yang dilengkapi wang ringgit.

“Syabas dan setinggi-tinggi penghargaan buat semua penggerak dan aktivis Pakatan Rakyat,” kata yang beliau yang juga ketua pembangkang di Parlimen.

Katanya, pengundi Sibu telah memperlihatkan kekuatan yang mengagumkan walaupun terpaksa berhadapan dengan jentera lawan yang dilengkapi wang ringgit serta bantuan-bantuan lain.

“Ternyata keikhlasan, kecekalan dan kegigihan membuahkan hasil bermakna, malah memberi pelajaran berguna kepada PR bahawa erti semangat perjuangan selama ini akan menjadi pemangkin kepada Agenda Selamatkan Malaysia,” katanya.

Semalam PR menerusi DAP mencipta sejarah dengan merampas semula kerusi Sibu yang menjadi kubu kuat Barisan Nasional (BN) sejak 28 tahun yang lalu.

Calon DAP, Wong Ho Leng menewaskan Robert Lau Hui Yew dari BN dan calon Bebas Narawi Haron.

Wong menerima 18,845 undi manakala Robert Lau menerima 18,447 undi manakala Narawi pula 232 undi.

Pilihan raya kecil Sibu diadakan berikutan kematian Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Robert Lau Hoi Chew yang merupakan Ahli Parlimen Sibu selama lima penggal pada 9 April.

-malaysianinsider-

Tiada ulasan: