"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Adakah "Payung" kita sudah bocor....?

tok pepijat
Fungsi untuk menjaga agama Islam telah tercatat dalam perlembagaan negara. Ianya dibawah tanggungjawab Raja-Raja Melayu. Ianya dikuatkan lagi dengan penubuhan Majlis Fatwa, Majlis Mufti, Jabatan Agama dan Majlis Agama.

Menjaga agama Islam adalah memelihara kesuciannya dari tercemar. Segala perkara yang mencemarkan agama Islam, sudah pasti menjadi tanggungjawab Insititusi diatas untuk memulihkan dan meletakkan kembali Islam di tempat yang sebenar.

Antara perkara yang terbesar yang mencemarkan Islam itu ialah judi dan arak.

Kita umat Islam tertanya-tanya fungsi dan peranan nstitusi di atas untuk memelihara umat Islam dari bahana judi dan arak. Mana dia suara dari mereka?

Saban hari syarikat arak semakin bertambah di Malaysia. Saban hari syarikat judi memperluaskan empayar judi mereka.

Saban hari juga, berlaku peningkatan ketagihan judi dan arak oleh umat Islam di Malaysia!

Adakah mereka yang menghuni di Istana dan bilik-bilik berhawa dingin tidak menyedari suasana yang teruk ini melanda umat Islam? Mengapa anda semua membisu dan diamkan diri?

Apabila masjid dipijak oleh ulamak untuk memberi ilmu agama,"berteriaklah suara-suara sumbang" mengata ini dan itu.

Tetapi bila PMNajib luluskan lesen judi bola(terbaru setelah puluhan lesen telah keluar). Semua membisu. Seolah-olah "turut sekali bergembira" dengan perbuatan jijik PM Najib itu!

Cukuplah sejarah kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka menjadi pengiktibaran kita semua. Ketika jatuhnya Kesultanan Melayu melaka, istana mereka penuh dengan perkara keji. Arak, hiburan dan perzinaan.
Kini sejarah mungkin berulang kembali. Dulu penjajah yang"memperkudakan" institusi ini. Kini UMNO mengambil alih tugas ini. UMNO begitu hebat "memperkudakan" institusi ini hingga paras maksima.

UMNO mengumpankan pelbagai jenis umpanan seperti
tender rel keretapi, lesen balak, lesen judi, perempuan, lesen disko, lesen arak bahkan mungkin bertong-tong arak dipunggah untuk mereka yang sedia diperkudakan oleh UMNO.

Akibatnya, institusi ini
"terikat" dengan sifat kehambaan terhadap UMNO.
Hasilnya, anak-anak muda Islam menjadi mangsa arak, zina, judi dan gejala sosial.

Mengapa ini terjadi? Kerana Institusi yang
"dilonggok" dengan perkara jijik ini sudah termakan umpan oleh UMNO.

Institusi ini sudah tiada seri. Tiada boleh dijadikan contoh terbaik sebagai
"penjaga maruah agama". Kerana empunya Institusi ini sendiri kaki arak, kaki betina dan kaki judi !

Kini, dimana lagi harapan kita?

Tiada ulasan: