Bercakap kepada TV Selangor, beliau menyifatkan rakyat Sabah sudah lama memerhati senario politik tanah air dan ternanti-nanti gelora tsunami politik yang kini sudah menyeberang Laut Cina Selatan.
Buat pertama kali, calon pembangkang menang pada pilihan raya kecil di Sarawak apabila Wong Ho Leng dinobatkan sebagai Ahli Parlimen Sibu walaupun Parlimen ini dianggap kubu kuat BN.
Thamrin yakin kejayaan Pakatan Rakyat di Sarawak pasti memberi kesan besar terhadap politik di Negeri Bawah Bayu ini.
“Kita yakin ini satu gambaran, ertinya kebangkitan rakyat yang berkehendakkan perubahan. Saya yakin reaksi Sabah lebih hebat dari Sarawak. Ini kerana berdasarkan sejarah politik, Sabah ini biasa untuk menukar pemerintah.
"Jadi, kita yakin rakyat Sabah akan menyertai arus perubahan yang berlaku di seluruh negara,” katanya.
Lebih-lebih lagi penerimaan rakyat Sabah terhadap Pakatan Rakyat meningkat dari masa ke semasa. Pendek kata, rakyat Sabah sudah bersiap sedia melakukan perubahan politik pada pilihan raya umum akan datang.
“Atas dasar kesedaran ini, rakyat lebih fokus untuk menyokong Pakatan Rakyat bagi menyumbang kepada perubahan pemerintah di peringkat nasional,” katanya, apatah lagi Sabah sarat dengan lambakan isu panas.
- tvselangor-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan