Husam Musa
Kenyataan Tony Puah, Ketua Pemuda DAP, tentang langkah Najib melesenkan perjudian Piala Dunia, amat membanggakan. Akhbar melaporkan kelulusan telah diberi kepada Berjaya Group untuk 'memakmurkan' lagi perjudian negara kita, kali ini mengambil kesempatan dari 'mood' nak berjudi sempena Piala Dunia.
Jelas, BN memanipulasi peluang ini untuk mengaut sebanyak mungkin keuntungan. Moral politik tidak pernah menjadi ukuran. Hujah lapok untuk mengelakkan perjudian 'haram' dengan dilesenkan, dicukaikan dan dikutip dividen untuk menjadi 'halal' terus digunakan.
Di tangan UMNO/BN sahaja terletak kuasa menghalal dan mengharamkan. Mereka berkuasa lebih dari Tuhan.
Kesan ekonomi dan sosial kepada rakyat terbanyak semua kaum tidak pernah diambil kira.
Tony Puah menyindir - inikah bentuk Model Ekonomi Baru Najib?
Zulkifli Nordin sekali lagi memberi amaran, dalam masa terdekat salah satu negeri Pakatan akan tumbang mengikut cara Perak. Rampasan kuasa melalui pembelian.
Saya yakin begitu. Berdasarkan maklumat.
Keuntungan judi ini akan digunakan untuk satu operasi politik yang kotor.
Bukankah kita masih boleh bersuara dengan pelbagai cara dan gaya untuk mendedahkan kejalangan tindakan ini?
Pentas Rakyat yang mempamirkan tokoh pelbagai latarbelakang hendaklah segera diadakan di seluruh negara-menerangkan isu ini.
'Kenali Pemimpin UMNO' di Kedah, di Selangor, di mana-mana sampai ke desa-desa. Atau apa jua nama lain.
Jika Tony Puah dan lain-lain pemimpin bukan Melayu boleh bersama pemimin seperti Tok Guru Presiden dan Mursyidul Am dan lain-lain - mencela langkah UMNO/BN mengambil kesempatan melesenkan perjudian ini dengan 2,000 premis jualan di seluruh negara, UMNO/BN boleh terencat.
Ia akan menjadi pentas pertama seumpamanya dalam isu ini.
Dalam UMNO sendiri bukan sedikit yang tidak bersetuju dengan polisi 'gila wang semata-mata' ini.
Lihat laporan Berita Harian , Sabtu 8 mei, muka surat 2;
“Syor lesen pertaruhan Piala Dunia dibantah”
…..cadangan kerajaan untuk mengeluarkan lesen pertaruhan….mendapat tentangan banyak pihak termasuk pemimpin UMNO kerana memberikan kesan negatif dan imej buruk kepada Negara yang majority rakyatnya beragama Islam……
AMT Umno, Mohd Fuad Zarkashi, berkata cadangan berkenaan bukan saja menjejaskan imej kerajaan, malah bertentangan dengan perlembagaan persekutuan yang mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi……..
Mufti Perak, Tan Sri Harussani …semua bentuk judi termasuk pertaruhan bola sepak sempena Piala Dunia adalah haram dalam Islam
Bekas penasihat agama istana, Datuk Abu Hasan Din Al-hafiz, .. berkata kerajaan tidak wajar meneruskan niat untuk mengeluarkan lesen pertaruhan sukan terutama sempena Piala Dunia kerana langkah itu menggalakkan masyarakat termasuk umat Islam terjebak dengan kegiatan perjudian.
Presiden Peguam Syarie Malaysia, Mohamad Isa Abd Ralip, …secara tegas membantah cadangan itu yang akan memberikan kesan ……
Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadut ..cadangan terbabit adalah tidak wajar dan bertentangan dengan ajaran Islam sekiranya ingin memperoleh kemakmuran.
Pergerakan UMNO Bahagian Kuala Kedah “lesen pertaruhan piala dunia undang kebencian pengundi Melayu” - …saya berpendapat kerajaan tidak perlu mengeluarkan lesen berkenaan keranan aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku kerana sindiket judi tetap akan menganjurkan pertaruhan haram bagi mendapatkan keuntungan yang lebih… …… perkara lebih penting lagi isu lesen judi itu akan terus berkumandang sehingga PRU ke 13 nanti. Ia akan dijadikan modal oleh pakatan pembangkang terutama PAS bagi menarik sokongan pengundi Melayu…….. Ketika itu pendapatan untung yang tidak seberapa hasil cukai judi Piala Dunia 2010 tidak akan dapat menampung kebencian pengundi Melayu terhadap BN umumnya dan UMNO khususnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan