"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ahli UMNO jadi halimunan gagal dikesan

Ahli UMNO makin mengecil

Mummy Rokiah

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata beliau akan mengadakan perjumpaan pada peringkat Jawatankuasa Induk parti minggu depan bagi membincangkan langkah perlu diambil untuk mengatasi masalah berkaitan ahli UMNO yang gagal dikesan.

Semua bahagian dan cawangan UMNO seluruh negara diarah melaksanakan program mengesan semula ahli parti seramai 302,117 orang yang ada dalam senarai keahlian UMNO tetapi tidak dapat dikesan status keahlian dan kedudukan mereka sekarang.

Hakikatnya bukan mereka hilang tetapi setiap kali berlaku pertandingan di dalam pertandingan perubatan jawatan dalam bahagian ada yang menang dan ada yang kalah. Yang menang, menang semua dan yang kalah, kalah kesemua. Yang menang membenam yang kalah dan yang kalah merajuk membawa diri. Biduk berlalu kiambang tak bertaut.Itulah hakikat yang berlaku di dalam UMNO, keahlian mereka semakin mengecil setiap kali berlaku perebutan kuasa.

Yang berkuasa di bahagian hanya “menjamu” penyokong-penyokong atau “hantu-hantu raya” mereka sahaja. Mereka bimbang yang kalah akan bangun semula dan menentang mereka. Mereka hanya dihiburkan dengan “pak pacak” dan “pak hangguk” atau “yes men” mereka sahaja.

Tidak hairanlah jumlah kehilangan ahli yang besar seramai 320,117 orang di dalam UMNO ini seperti “tips of the iceberg”. Aisberg ini akan cair sedikit demi sedikit jika sesuatu tindakan tidak di ambil.

http://mummyrokiah.blogspot.com/

Tiada ulasan: