"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Utusan dakwa Anwar 'alat' CIA

Utusan Malaysia hari ini meneruskan serangan terhadap ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam laporannya - kali ini akhbar itu memetik tulisan seorang penulis blog - yang mendakwa ketua umum PKR itu adalah "alat" kepada Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat.

NONEDalam edisi Ahadnya hari ini -Mingguan Malaysia - akhbar harian bahasa Melayu itu memetik tulisan Elaine Meinel Supkis, yang digambarkannya sebagai "seorang penulis blog terkemuka", mendedahkan bahawa Anwar merupakan "alat" CIA .

Akhbar tersebut menterjemah tulisan Elaine dalam blog -
Culture of Life News - seperti berikut: "Anwar bukan ejen tetapi alat yang dicipta oleh CIA. Senarai rakan-rakan membuktikan segala-galanya dan merupakan ejen CIA yang menyamar."

utusan on anwar cia stoogeMingguan Malaysiamemetik tulisan Elaine yang bertajuk 'CIA and Mossad want Anwar Ibrahim assassinated(CIA dan Mossad mahu Anwar Ibrahim dibunuh) yang menyebut bahawa Anwar merupakan alat ciptaan CIA bagi menjaga kepentingan dan perancangan sulit negara itu di Malaysia.

Tidak banyak yang diketahui mengenai Elaine kecuali apa yang terdapat dalam blognya.

Tiada ulasan: