"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lulus balak zaman BN, banjir lumpur masa PAS

ZULKIFLI YAHAYA

Baru-baru ini berlaku banjir lumpur di Daerah Sik dan Baling. Antara yang turun bersama banjir lumpur itu ialah serpihan kayu balak yang meredah sebahagian rumah penduduk sehingga ada yang mengalami kerosakan teruk.

Secepat kilat media-media talibarut BN menuding jari kepada kerajaan Pakatan Rakyat Kedah kononnya meluluskan lesen membalak sewenang-wenangnya sehingga merosakkan alam sekitar dan berlakulah banjir kilat. Seperti biasa, media tersebut akan mengutip komen dari pengulas kaki lima yang bercakap tanpa fakta.

Kononnya kerajaan meluluskan lesen balak dengan banyak di kawasan itu. Tidak perlu diendahkan sangat kerana yang mengulas itu adalah seorang dua penduduk kampung yang tidak tahu apa-apa.

Tetapi apabila yang mengulas itu adalah seorang bekas Exco dan seorang Adun (yang menang secara ‘haram’ melalui undi pos), maka ia menimbulkan tandatanya inikah kualiti wakil rakyat BN? Mereka lebih tahu apa yang sebenarnya berlaku tetapi berpura-pura tidak tahu dengan tujuan untuk membohongi penduduk bagi mendapat keuntungan politik.

Kenyataan yang sebenarnya ialah, sejak Pakatan mengambilalih pentadbiran pada Mac 2008 tiada satu pun kelulusan pembalakan di semua kawasan yang terbabit dengan banjir ataupun kawasan hutan di mana berpuncanya banjir tersebut. Kampung-kampung yang terbabit dengan banjir ialah Bendang Man, Charuk Sireh, Radik, Chepir, Batu 8, Kemelong, Bukit Sebelah, Banggol Derun, Padang Temu dan Bongor.

Mereka mendakwa kononnya pembalakan berlaku sejak September 2009, bagi mengaitkan bahawa kelulusan balak tersebut dibuat oleh kerajaan Pakatan.

“Maklumat yang saya ada, kali terakhir balak ditebang di Rimba Teloi/tadahan Sungai Semeliang yang bersambung dengan Sungai Chepir ialah sewaktu Dato’ Seri Syed Razak jadi Menteri Besar, selepas itu Dato’ Seri Mahdzir Khalid pula jadi Menteri Besar dan menguasai kelulusan kawasan pembalakan,” jelas Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar Kedah, Sdr. Muhammad Sanusi Md Nor. Menurut beliau, setiap kawasan pembalakan melalui proses kelulusan yang ketat, di bawah seliaan, kajian dan sokongan oleh Jabatan Perhutanan. Mana-mana kawasan yang diluluskan dalam Jawatankuasa Hasil Bumi mengambil masa antara satu hingga tiga tahun untuk proses penandaan, persempadanan kawasan dan memproses lesen menebang.

Oleh kerana sepanjang bulan Mac 2008 hingga kini belum ada kelulusan pembalakan di kawasan itu oleh kerajaan sekarang; dan proses mengambil hasil balak yang memakan masa sehingga tiga tahun, maka bermakna pembalakan di situ (jika ada) pada bulan September 2009, ia adalah kawasan yang diluluskan oleh kerajaan BN dahulu.

Wakil rakyat ‘pos’ BN pula mendesak supaya kerajaan menghentikan aktiviti pembalakan di kawasan terbabit. Cakapnya mudah sekali kerana barangkali dia tidak tahu peraturan yang ada. Kawasan yang telah diluluskan di zaman BN yang telah mengikut semua prosedur yang ada, maka tidak ada peraturan lain yang boleh menarik balik kelulusan itu. Proses itu 'mengikat' semua pihak.

Kerajaan Pahang pernah disaman RM63 juta atas isu balak. Kerajaan Kelantan juga kena bayar beratus-ratus juta akibat mencabuli perjanjian pembalakan yang berlaku di zaman BN memerintah Kelantan. Undang-undang tidak peduli parti mana yang terajui kerajaan namun sesiapa yang kuasai kerajaan perlu bertanggungjawab terhadap perjanjian yang terdahulu. Justeru, kerajaan sekarang tidak boleh sewenang-wenang membatalkan perjanjian yang dibuat antara pembalak dengan kerajaan BN dulu.

Satu lagi tuduhan liar yang sering dilemparkan BN ialah kononnya kerajaan Pakatan meluluskan kawasan pembalakan dengan sewenang-wenangnya. Sebenarnya di Kedah, kuota pembalakan yang dibenarkan hanya 2340 hektar, tidak termasuk tanah kerajaan dan kuota tahun sebelumnya jika tidak dihabiskan.

Baca selanjutnya di sini

Tiada ulasan: