"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mengumpul kisah pentadbiran Nik Aziz awal 90-an

Dinsman

Ingat lagi? Saya pernah tulis mengenai perlunya Teori Pentadbiran Tok Guru Nik Aziz di Kelantan itu dibukukan. Kerana telah terbukti – sebuah “Pentadbiran Islam” telahpun terbina di Kelantan, di bawah pimpinan TG Nik Abdul Aziz, sejak Oktober 1990. Dan apa yang telah terbina itu adalah suatu Model Pentadbiran yang telahpun berjaya dilaksanakan pada abad 20-21 ini – selama 20 tahun di situ.

Ada di situ sekarang. Sesuatu yang real dan praktikal. Bukan sekadar ilmu mengenai “Negara Islam” yang ditulis dalam buku-buku. Ini yang real. Realiti.

Datang ke Kelantan dan itulah dia – sebuah pentadbiran negeri Islam. Bukan sekadar ilmu dan teori, tetapi sesuatu yang sudah dipraktikkan. Yang sudah melampaui ilmu dan teori. Inilah dia.

Akan genap 20 tahun Oktober ini. Jangan tanya mengenai pelaksanaan Hukum Hudud dan apa-apa lagi yang selalu disebut dalam buku-buku ilmu dan teori. Tetapi tengoklah apa yang hadir sebagai realiti di depan mata itu – tengok secara keseluruhannya yang zahir dan yang batin, yang jasmani dan yang rohani, yang fizikal dan yang spiritual, dan bandingkanlah dengan apa-apa yang pernah dibaca mengenai Negara Islam di dalam buku-buku.

Interesting. Cukup menarik. Hairannya belum ada orang yang membuat kajian.

Tapi tak mengapa. Kita buat apa yang kita boleh buat. Saya sendiri sekarang sedang berusaha menyiapkan sebuah dokumentari video mengenai perkara itu – “20 Tahun Membangun Bersama Islam”. Dulu, sepuluh tahun dulu, tahun 2000 saya telah hasilkan buku “Sepuluh Tahun Membangun Bersama Islam, Kelantan Di Bawah Kepimpinan Ulamak” (terbitan Pusat Kajian Strategik, Kota Bharu).

Kali ini kita buat dokumentari video pula. Sekarang sedang dalam proses penggambaran. Tetapi tidaklah menepati tujuan seperti yang saya cadangkan dulu – supaya teori dan pelaksanaan pentadbiran Islam pimpinan Tok Guru Nik Aziz itu dibukukan.

Video dokumentari dengan buku memang tak sama. Tapi tak mengapa. Masing-masing ada kelebihannya. Namun walau apa pun, dokumentari ini tidaklah akan memfokus kepada pentadbiran. Fokusnya ialah kepada pencapaian “Membangun Bersama Islam” selama 20 tahun itu. Ada banyak pencapaian sebenarnya. Sebahagiannya telah saya senaraikan dalam buku kecil “100 Fakta Kelantan Mengubah Malaysia” (2008).

Baca selanjutnya di sini

Tiada ulasan: