"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Berhati-hati Guna Berita Aneh/Ajaib Utk Tujuan Dakwah/Agama

al-bahanj
Bercakap pasal benda-benda pelik dan aneh serta ajaib yang digembar-gemburkan oleh sebahagian masyarakat muslim di seluruh dunia, saya teringat tentang satu email yang pernah saya panjangkan ke kawan-kawan saya pada tahun 2005.

Gambar yang dimaksudkan

Gambar yang dimaksudkan

Kononnya, di Oman ada seorang gadis telah bertukar menjadi makhluq aneh disebabkan oleh kurang ajarnya dia kepada ibu dan al-Quran.

Harakahdaily yahoogroup:

assalamua’laikum,

ni ade skit cerita utk pengajaran kita semua. attachment is gambar seorg wanita yg telah berubah bentuk badannya akibat menderhaka kpd Allah dan ibunya.kisahnya begini….ade seorg budak pompuan ni…dia nk tgk tv….rancangan hiburan.kebetulan kat situ tu…mak dia tgh duk baca Al-Quran.

dia marah kt mak dia, dan dia halau mak dia dr tmpt tu sbb dia kata bacaan Al-Quran dr mulut mak dia tu mengganggu dia. tp, mak dia teruskan jugak baca Al-Quran…tanpa hiraukan anaknya tu. Budak pompuan ni…dia rasa geram giler kat mak dia,lantas dia pun pegi rampas Al-Quran dr tgn mak dia, dan dia hempaskan Al-Quran tersebut ke lantai. mak dia terus pegi ambik Al-Quran itu dan terus peluk Al-Quran itu di dadanya.

tiba2, budak pompuan td, terus rebah dan menggelepar kesakitan dan dgn kuasa Allah SWT, budak pompuan itu terus bertukar menjadi seperti haiwan(see attachment).

cerita ni berlaku kt Oman. skrg budak pompuan ni ditempatkan di sebuah hospital di Oman. begitu lah padanya kalau kita derhaka pada Allah, Rasul dan kedua ayahbonda kita. jd kan lah kisah ini sbg pengajaran. semoga kita dijauhkan dr tergolong dlm kalangan org2 yg derhaka…na’uzubillah.

cerita ni saya dh translate dr website bhs arab. utk rujukan..go to :http://www.palislam.com/

Berita & Gambar Palsu Rupanya!

Setelah menforwardkannya kepada rakan-rakan dan beberapa yahoogroups, tiba-tiba alhamdulillah ada seseorang telah menghantar email kepada saya menerangkan bahawa gambar tersebut sebenarnya telah dimanipulasikan dari sebuah pameran seni. Saya terkejut dan terus ke laman yang dimaksudkan. Astaghfirullah, rupa-rupanya benar apa yang dikatakan.

Saya terpaksa membuat pembetulan dan memberi penjelasan bahawa kisah dan gambar tersebut adalah palsu kepada semua yang pernah saya ‘forward’kan email tersebut. Tak sangka, niat saya ingin memberi keinsafan kepada orang lain rupa-rupanya bersandarkan kepada kisah yang tidak mempunyai asas kebenarannya, malah palsu pula.

Berikut adalah email yang saya terpaksa hantar untuk membuat pembetulan:

assalamu a’laikum…

Berkenaan posting yg saya forward dr sahabat pasal makhluq yg bertukar dr seorang wanita sebenarnya PALSU!!!

Ada seorang sahabat dr [EMAIL PROTECTED] reply kepada posting tersebut menyatakan bahawa makhluq tersebut sebenarnya patung yg dipamerkan di sebuah pameran kesenian…astaghfirullah, maafkan saya…wAllahu a’lam…

gambar sebenar boleh ke laman ini:

http://www.roslynoxley9.com.au/artists/31/Patricia_Piccinini/249/34973

Kesalahan pertama ialah pada orang yang mula-mula melihat gambar tersebut di pameran seni dan menggunakan gambar tersebut untuk tujuan memberi keinsafan kepada orang lain, kononnya. Kesalahan orang ini ialah MENIPU.

Kesalahan kedua ialah diri kita yang terus mempercayai tanpa menyelidiki terlebih dahulu akan kesahihannya, terus menyebarkannya kepada orang lain supaya orang lain insaf. Kesalahan orang dari kategori ini ialah TERBURU-BURU dan TIDAK MEMERIKSA KESAHIHAN BERITA. Baca selanjutnya di sini

Tiada ulasan: