"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Eli Wong bantah kekalahannya di PJU

Exco kerajaan Selangor, Elizabeth Wong tewas dalam perebutan jawatan ketua cabang PKR Petaling Jaya Utara (PJU) hari ini.

Bagaimanapun, Elizabeth telah membuat bantahan kepada jawatankuasa pemilihan parti itu kerana mendakwa pemenangnya, Lee Chin Cheh adalah ahli PKR di cabang Petaling Jaya Selatan (PJS).
NONEDalam pemilihan tersebut, Elizabeth yang juga ADUN Bukit Lanjan, mendapat 161 undi manakala CC Lee mendapat 222.

Perebutan jawatan ketua cabang PJU itu membabitkan pertandingan empat penjuru.

Dua lagi calon, S Kandiah mendapat 110 undi, manakala Quek Chee Hoe mendapat 2 undi.

Seramai 522 ahli mengundi dalam pemilihan hari ini.

Menurut Elizabeth lagi, beliau yakin bantahannya itu akan diterima oleh jawatankuasa pusat.

"Keputusan hari ini bukanlah satu keputusan yang muktamad," katanya ketika dihubungi
 Malaysiakini.

-malaysiakini-

Tiada ulasan: