"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Hishammuddin Auww kata penahanan Zunar berkaitan isu kalimah Allah

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata penahanan Zunar dibuat setelah mendapati kartun yang dihasilkan kartunis itu turut berhubung kait sistem perundangan negara dan agama termasuk isu kalimah Allah.

"Ramai cuba gembar gemburkan penahanan itu berkisar kepada kartun yang menyentuh kepada Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri tetapi maklumat yang saya terima daripada pihak berkuasa mengatakan kartun-kartun yang dihasilkan juga berhubung kait sistem perundangan kita, agama, isu kalimah Allah yang diputar belitkan," katanya seperti dilaporkan Bernama.

Zunar atau nama sebenarnya, Zulkiflee SM Anwarul Haque, 49, ditahan mengikut Akta Hasutan 1948 kerana menghasilkan buku Cartoon- O-Phobia yang didakwa menyentuh isu-isu sensitif yang boleh mengganggu ketenteraman awam.

Beliau ditahan di pejabat penerbitan miliknya, Sepakat Efektif Sdn Bhd di ibu negara kira-kira pukul 4 petang, semalam.

Tiada ulasan: